1 Jalan Adabul Syari’at
2 Jalan Adabul Hidmat
3 Jalan Adabul Haq
Jalan Adabus Syari’at ialah mematuhi segala 10 hukum-hukum Tuhan . 5
hukum syarak iaitu wajib, sunat, haram , makruh dan harus. 5 hukum wad’e
iaitu syarat, sebab, mani’, sah dan batal. Sebagaimana Firman Allah
Taala bermaksud:
Barangsiapa membuat membuat kejahatan walau sebesar zarrah
sekalipun Allah terima, dan barangsiapa membuat kebajikan sebesar zarrah
sekalipun Allah terima juga.
Jalan Adabul hidmat ialah membersihkan hati selain daripada Allah SWT ,
samada atas pekerjaan keduniaan atau akhirat tanpa meminta
balasan.Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Allah Taala yang menjadikan kamu dan perbuatan kamu.
Jalan Adabul haq ialah kita melihat` dengan mata zahir dan mata hati
serta mata sir menerusi wujud Allah. Firman Allah Taala bermaksud:
Barang di mana kamu hadap, di sana ada wujud Allah.
Cara-cara mencapai jalan ini
Hendaklah kita menuntut 3 jenis ilmu iaitu :
1 Ilmu Fekah
2 Ilmu Usuluddin
3 Ilmu Tasawwuf
Mengapa kita perlu menutut ketiga-tiga jenis ilmu ini. Sebab manusia ini
hidup kerana ada 3 syarat iaitu ada jasad, ada hati dan ada roh. Jadi
untuk mendapat keselamatan di dunia dan akhirat wajib kita mengetahui
ilmu tersebut.
Ilmu Fekah ialah tertakluk kepada tubuh atau jasad manusia jadi hukumnya
berkaitan dengan syarak, ilmu usuluddin berkaitan dengan hati
hukumnya berkaitan dengan akal, manakala ilmu tasawwuf berkaiatan dengan
roh hukumnya berkaitan dengan adat.
Walaubagaimanapun, sebelum memasuki gerbang ketiga-tiga ilmu ini kita
wajib mengetahui dan mempelajari ilmu yang paling utama dulu iaitu ilmu
awaluddin. Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud:
Awal agama mengenal Allah. Allah Taala berfirman lagi yang bermaksud:
Tiada sah sembahyang seseorang itu, melainkan ia mengenal dulu yang disembah.
Sedangkan Allah Taala itu Ghuyub dan maha ghaib. Untuk mengenal Allah
wajib kita mengenal diri . Sebagaimana Sbada Rasululllah saw:
Barangsiapa mengenal diirnya, sesungguhnya mengenal Tuhannya, barangsiapa mengenal akan Tuhannya, binasalah dirinya.
Diri ini terdiri dari Diri terusal, Diri terperi, Diri yang terdiri dan Diri terjali
Terdapat 2 jenis agama di dunia iaitu agama Islam dan agama bukan Islam.
Kedua-kedua agama ini ialah juga agama Allah. Tetapi agama Islam telah
diakui oleh Allah. Firma Allah Taala berbunyi:
Sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam,
Agama Islam ini bersih dari syrik jail, syrik khafi dan syrik khafi yul
khafi. Sedangkan agama bukan Islam atau kafir mensyrikkkan Tuhan iaitu
Allah.
Syrik Jali ialah menyembah selain dari Tuhan yang bernama Allah. Syrik
Khafi ialahmenyekutukan pada hati samaada pada wujudNya, sifatNya dan
perbuataNya. Manakala syirik Kahafi yul khafi ialah tidak tahu
membezakan antara Tuhan dan Hamba atau Qadim dan Muhaddas.
Agama Islam ialah terdiri dari himpunan 5 hukum syarak dan 5 hukum
wad’e. Agama itu ialah sebagai iktikad atau pakaian kita inilah yang
dikatakan iman.
Agama Islam ini terhimpun ke dalam 4 perkara iaitu Iman, Islam,Tauhid dan Makrifat.
Sumbangan agama kepada kita ialah suatu tali penarik untuk semua manusia
yang berpegang kepadanya dan pegangan kita ialah ialah himpunan 4
perkara tersebut iaitu Iman, Islam, tauhid dan Makrifat. Jadi jalan ini
ialah jalan membawa kepada kebahagiaan iaitu Syurga. Firma Allah Taala
bermaksud:
Berpegang kamu dengan tali Allah dan jangan bercerai berai.
Orang yang berpegang teguh dengan tali Allah dinamakan orang mukmin dan muslimin.
Iman, Islam, Tauhid dan makrifat
Iman atau iktikad terdiri dari 3 derejat iaitu Iman Syari’at, Iman
Tareqat, Iman Hakikat.Iman syari’at ialah kita percaya kepada rukun iman
yang dua iaitu iman mujamal dan iman munfasal. Iman tareqat ialah kita
memandang bahawa hukum Allah tidak berubah. Iman hakikat ialah kita
yakin sepenuhnya hukum Tuhan tidak akan berubah. Sebagaiaman Firman
Allah Taala berbunyi :
Berbuat Allah Taala dengan sekehendaknya.
Islam terdiri dari 3 derejat iaitu: Islam Syari’at, Islam Tereqat dan
Islam Hakikat.Islam syari’at ialah hendaklah kita taat segala hukum
perintah dan laranganNya. Islam Tareqat ialah hendaklah ita
membersihkan hati kita dari ujub, ria, sama’ah, takbur, hawa, nafsu,
dunia, syaitan, hasad, khianat dan dendam. Islam Hakikat ialah
menyerahkan diri di dalam segalam hukum iaitu takdir
Tauhid terdiri dari 3 derejat iaitu: Tauhid Syari’at, tauhid tareqat dan
tauhid hakikat. Tauhid syari’at ialah menafikan sifat Tuhan yang lain
daripada Allah SWT. Tauhid tereqat ialah mengesakan sama ada sifat atau
perbuatan bagi Allah. Tauhid hakikat ialah menafikan wujud yang lain
Makrifat pula terdiri dari 3 derejat iaitu makrifat syari’at, makrifat
tareqat dan makrifat hakikat. Makrifat syari’at ialah hendaklah kita
mengenal segala hukum feqah, hukum akal dengan bersih , Dapat kita
mengenal mana yang baik dan mana yang jahat, mana yang haq bagi Tuhan
serta dapat mengenal mana yang baik dikerjakan dan mana yang jahat
ditinggalkan. Makrifat tareqat ialah hendaklah kita mengenal segala
warid yang dating di dalam hati kita. Makrifat hakikat ialah tiada beza
antara Allah dengan hamba, sama ada pandang secara zahir atau secara
batin.
Untuk mencapai syari’at, tareqat dan makrifat ialah dengan ilmu. Ilmu
syari’at ialah ilmu feqah. Ilmu taredat ialah ilmu usuluddin dan ilmu
hakikat ialah ilmu tasawwuf. Jika kita tidak faham ketiga-tiga ilmu ini
maka tidak sempurna amal kita. Had batasan ilmu feqah ialah bago orang
awam iaitu wajib mengetahui hukum syarak yang 5 dan hukum wad’e yang
lima. Had batasan ilmu usuluddin ialah sekurang-kurangnya kya mengetahu
68 akaidul iman, Had batasan ilmu tasawwuf ualah kita mengetahui amal
kita diterima atau tidak. Firma Allah Taala bernaksud:
Orang yang ulama adalah kekasih Allah walaupun ia fasik, dan bermula orang yang jahil seteru Allah walaupu ia soleh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar