Ketika Allah
menciptakan khalifahNya, Dia juga mendirikan sebuah kota baginya , di
mana Sang khalifah itu boleh tinggal bersama rakyat jelatanya dan
pegawai pemeritahannya. Dia menamai kota itu Manusia.
Ketika Allah menyiapkan pembangunan kota itu, Dia berikan tempat khusus ditengah-tengahnya kepada khalifahnya yang dinamakan Hati.
Ada cakap cakap angin mengatakan adakah khalifah betul-betul menetap di
kota ini atau hanya menggunakannya sebagai pusat pentadbirannya. Apakah
ia merupakan ruangan singahsana atau balai istana atau hanya tempat
bersuara, tidaklah penting.
Allah mendirikan kota
dari bahan –bahan yang terdiri dari tanah, air, api dan angin. Pemimpin
utama menyatakan dalam riwayat yang bernama firman Tuhan yang
bermaksud:
Langit dan bumi yang kuciptakan tak dapat meliputinya, namun hati hamba Ku yang beriman meliputinya.
Manakala pemimpin kita Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
Allah tidak memandang pada rupa parasmu atau perbuatan mu, tetapi hati mu.
Allah selalu mengingati, memerhatikan dan mecermati nya setiap saaat
Dia yang meciptakan
wakilnya, sudah pasti memerhatikan wakilnya itu, apa yang dibuatnya
terhadap amanat yang telah diserahkannya.
Allah mecipatkan roh
sebagai khalifahnya atas tubuh, jadi Allah membuat roh bertanggungjawab
terhadap tubuh. Ingat lah firman Allah yang bermaksud:
… Kerana sesunggugguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada
Manusia yang
mengembara di seluruh pelosok dunia ini. Dalam kesempatan hidup mereka ,
mereka dapat melihat dengan jelas. Mereka melihat yang hidup dan yang
mati, yang dibangunkan dan yang dihancurkan. Mereka punya mata untuk
melihat, punya telinga untuk mendengar, jadi tidak mahu mengambil
iktibar dari apa yang dilihat dan didenganya. Jika mereka lalai, itu
kerana mereka buta.
Pemimpin Rasulullah bersabda:
Ada sekerat daging
dalam tubuh manusia. Jika bersih ia dan baik , nescaya seluruh tubuh
akan menjadi baik. Jika sekerat daging itu rusak, niscaya tubuh akan
rusak. Sekerat daging itu adalah hati.
Hati merupakan istana
khalifah Allah, tempat meyimpan rahasia, ia merupakan peti besi tempat
menyimpan catatan rahasia, hukum dan titah sang khalifah.
Ingat jika sang
pemimpin kota baik, niscaya rakyat jelata pun baik, jika sang pemimpin
ini tersesat, para sahabat dan rakyatnya juga tersesat.
Ketika Allah
menjadikan roh manusia sebagai pemimpin utama kota manusia. Dia
mengajar tentang perangai, perilaku dan fikiran para penduduk kota itu.
Jadi, kerana ia memahami rakyatnya, maka rakyatnya menghormatinya,
percaya kepadanya dan rela membelanya. Jika khalifah Allah ini, tidak
setia dan khianati amanatnya, niscaya penduduknya akan rusak dan juga
tidak setia kepadanya. Di pihak lain jika ia bertaqwa dan memuliakan
yang memberikan kepadanya kekuasaan, maka para sahabat dan rakyat akan
mempercayai dan menghormatinya.
Jadi perhatikan diri
anda sendiri. Jika anda bertaqwa, adil dan baik, maka roh anda pun akan
jadi demikian jua. Anda sebagaimana roh anda.
Orang melihat begitu
banyak hal dalam dirinya tanpa menyedari mengapa semua itu ada. Siapakah
semuanya itu terjadi sejak permulaaan atau terjadi sesudahnya atau akan
tetap seperti itu jua pada bila- bila. Sebab orang tidak mengetahui
kerahsiaaan pemerintahan Allah di dalam hati atau bagaimana melindungi
sekerat daging kecil yang bernama hati tadi. Jika salah langkah boleh
merusakan kita semua.
Allah mendirikan
menara di tanah tinggi di kota manusia. Dia membangunkannya dengan
bahan-bahan yang terpilih, merancangnya untuk mengawasi seluruh kota dan
meyebutnya dengan nama fikiran.
Dia juga membuka
jendela besar di puncaknya tersebut untuk menikmati empat sudut kota dan
menamainya mata, telinga, mulut dan hidung.
Di bahagian tengah
menara pula, Dia membangunkan sebuah ruang untuk mneyimpan khazanah
khayalan dan dalamnya tersimpan perbendaharaan yang tersusun sempurna.
Para pemimpin panca
indera ini, dapat manfaatkan ruang maklumat ini untuk kemudiannya
menambah akan data-data baru kepadanya. Mimpi dalam tidur pun berasal
dari ruang ini. Di sini juga, semua kekayaan dari kutipan cukai
dikumpulkan oleh para pemungut cukai di dalam kota manusia, di mana
hasil wang dipisahkan berdasarkan halal dan yang haram.
Allah juga membangunkan ruang lain di dalam menara fikiran itu ia dinamai ruang akal.
Barang-barang di dalam ruang itu berasal dari dari ruang khayalan. Di
sini barang-barang ditimbang dan diukur. Di mana apa-apa yang benar
yang disimpan dalam ruang, manakala yang salah dikembalikan pada ruang
pertama tadi.
Pada sebuah sudut
fikiran, dibangunkan pula ruang lain , tempat menyimpan kenangan.
Penjaga kenangan ini adalah seorang penjawat yang bernama akal.
Ada kawasan lain, di dalam kota manusia yang dijadikan tempat tinggal yang bernama nafsu,
sang puteri mahkota khalifah Allah. Tempat ini dikenal sebagai
mementingkan diri sendiri. Disinilah terdapat berbagai pertentangan, di
sini juga tersimpan perintah Allah maupun laranganNya. Pada malam agung
tertentu, Perintah yang Maha Agung diturunkan di sini. Tempat itu,
dilindungi sendiri oleh Allah,
sebab ia berada dibawah tempat pijak, tempat kakinya yang suci berpijak iaitu roh.(khalifah Allah) yang berada di bawah dan dilindungi oleh singgahsanaNya .Mengikut Imam Al Ghazali , beliau berkata:
Manusia adalah anak
yang ayahnya adala roh dan ibunya adalah jiwa. Dia berpendapat bahawa
Tuhan menjaga roh pada pada tingkatan tertinggi di bawah singgasanahNya
dan ibu kita, jiwa pada tingkatan lebih rendah di bawah kakinya. Jadi
Dia adalah Tuhan kedua orang tua kita, Dia lah Tuhan raga, roh dan jiwa.
Kaum sufi mengetahui bahawa semua ucapan dan perbuatan jiwa,benar atau
salah telah ditakdirkan oleh Tuhan. Satu-satunya bahagian manusia yang
tak terkena tempias takdir ialah roh, yang mereka mengikutinya pada
masa-masa hadapan.
Sebenarnya manusia
memiliki tiga jenis jiwa iaitu jiwa tumbuhan yang dikelompokkan
dalamnya benda-benda mati. Jenis kedua ialah jiwa haiwani, yang di
dalamya dikelompokkan golongan haiwan, jenis ketiga ialah jiwa
rasional, yang di dalamnya di bezakan dari kedua-dua makhluk sebelumnya.
Dengan dikaitkan dengan manusia. Dengan jiwa yang ketiga tadi manusia
menjadi lebih unggul dari malaikat.
Seterusnya dalam
kerajaan manusia, Allah mencipatakan kekuatan lain yang sifatnya selalu
memberontak dan ingin merebut kuasa roh dan akal. Ia dinamakan sebagai
hawa nafsu dan menteri kanannya bernama syahwat.
Suatu hari, syahwat
menyamar dalam pasukan kerajaan manusia, berjalan-jalan di sebahagian
taman indah. Tanpa sengaja, dia bertemu dengan nafs, iaitu isteri
tersayang sang khalifah, Kemudian saling berpandangan dan syahwat mula
jatuh cinta kepada nafs, Untuk bersatu dengannya, syahwat telah
mengerjakan berbagai helah licik, Dia menggunakan cara rayuan, bersolek ,
memberi hadiah indah-indah apa-apa yang dimilikinya. Utusannya yang
bernama angan-angan dan dutanya yang bernama terpedaya pun kehilir
kehulu di antara kedua-duanya sehingga sang isteri khalifah tadi pun
jatuh cinta kepada syahwat. Sayangnya,khalifah sendiri tidak
menyedarinya. Tetapi, akal mengetahuinya keadaan ini, coba menutup
sebelah mata dan menyembunyikannya agar sang khalifah tidak menaruh
curiga.
Bahkan dalam keadaan
tertentu, nafs atau jiwa telah pun di bawah pengaruh nafsu dan syahwat
begitu mencengkam. Meskipun roh mengetahui bahaya godaaan jiwa yang
selalu memerintahkan kepada kejahatan. Manusia tetap berada pada keadaan
yang amat sulit. Manusia tadi, terombang ambing di antara dua buah
pengaruh yang kuat, roh menyerunya ke arah kebaikan, tetapi jiwa selalu
terus menerus menyeru kepada kejahatan ,
Tetapi semua dugaan ini telah diizinkan Allah. Sebagaimana firmannya bermaksud dalam surah al-syamas:91. Bermaksud:
Dan jiwa serta penyermpurnaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kepada kefasikan dan ketaqwaan.
Manusia yang selalu
mmentingkan diri sendiri dan kepada jiwa ia terpengaruh kepada hasutan,
kepada kejahatan. Jika ia tergoda, hilanglah kesuciannya. Semuanya
datang dari sisi Allah, Di mana Ia menjadikan jiwa yang selalu menyeru
kepada kearah kejahatan dan Dia pula yang menjadikan sikap ego manusia
yang condong kepada kejahatan dan kabaikan, siling berganti. Ketika jiwa
berfikir, merenung dan insaf, ia menjadi murni dan normal kembali.
Kemudian jiwa ini disebut dengan jiwa yang tenang.
Meskipun Allah telah
mencipatkan khalifahnya dengan sifat-sifat yang sangat sempurna namun
Dia tetap memandangnya lemah, tak berdaya dan papa kedana. Allah ingin
agar khalifahNya menyedari bahawa khalifahnya akan menemui kekuatan
hanya dengan pertololongan dan sokongan padu Tuhannya. Dia menciptakan
halangan dan dugaan-dugaan yang kuat baginya itu untuk mehghalangi
kepada kesedaran. Ini lah rahsia dua kemungkinan yang saling berlawanan
bagi diri manusia tadi.
Roh dan nafsu adalah
suami isteri yang sah. Jika sang suami memanggil isterinya, namun
isterinya tidak menyahut, orang akan berkata, mengapa isterinya tidak
datang kepada mu. Maka si suami bertanya kepada pembantu yang
dikasihinya iaitu akal, mengapa isterinya bersikap diam, Akal mengatakan
kepada tuannya, hai tuanku yang baik hati, engkau menyeru yang
kedudukannya adalah setara dengan kekdudukanmu sendiri, yang mempunyai
wilayah pemeritahannya sendiri, dengan kekuatan dan berada di bawah
perintah Yang Maha Kuasa juga. Dia disebut sebagai nafsu duniawi, jiwa
ini selalu menyeru ke arah kejahatan. Tidaklah begitu mudah untuk
menaklukinya.
Roh megirimkan sepucuk
surat kepada isterinya melalui penasihat kananya, yang mejelaskan
perasaanya kepadanya. Namun nafsu telah menangkap dan memenjarakan
utusan roh. Akal sebagai penasihat kanan roh, telah ditakluki di bawah
tekanan nafsu .
Ketika akal kini di
bawah pengaruh nafsu, telah diizinkan kembali ke tuannya roh, dia telah
menyampaikan pesanan bahawa dia bukan sahaja kehilangan isterinya malah
telah banyak juga pegawai-pegawainya dan pasukannya telah berpihak
kepada isterinya. Hanya segelintir sahaja yang tetap setia kepadanya.
Fikiran telah
memberitahu kepada roh bahawa musuhnya telah mamasuki halaman istana,
telah siap siaga menghancurkan pemerintahannya, merebut tahta kerajaan
dan mengambil alihnya. Akal telah memberitahu tugas sucinya adalah untuk
memperingatkan kepada roh sebelum mereka berdua binasa.
Kini, dengan
peringatan dari akal, roh mengetahui bahawa dia telah dilumpuhkan, Dia
sudah tak berdaya dan kini pasrah diri kepada Tuhannya pemilik segala
sesuatu. Kini Roh sudah mengetahui, dia sudah tidak dapat menyelamatkan
dirinya sendiri. Kini dia tahu di saat cemas beginilah apa erti makna
Tuhan kepadanya yang maha perkasa.
Ketika khalifah Allah yang bernama roh mengadap junjung kasih kepada Tuhannya untuk meiminta pertolongan.
Tuhan telah menjadi
perantara antara roh dan nafsu. Kemudian nafsu menahan dirinya dan tidak
lagi melakukan penguasaan menyeluruh atas kerajaan manusia tadi.
Menyahuti dan
meghormati akan kekuasaan Tuhan, maka roh dan nafsu menundukkan kepala
mereka dalam ketaatan, puas dengan keridhaan Allah sebagaimana Firman
Allah berbunyi: dalam surah Al- fajar:27-30, yang bermaksud:
Hai jiwa yang
tenang (Muthamainnah), kembalilah kepada Ku, dengan hati yang puas lagi
diredhai, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku Ku dan masuklah ke
dalam syurga Ku
Kini perbezaan antara kedua-duanya telah lenyap. Mereka akhirnya bersatu kembali.
Tuhan menamai jiwa
yang tenan sebab pada diri nafsu telah menyedari potensi dan kemampuan
yang sebenarnya. Jika ia tergoda oleh kejahatan, ia menentang kodratnya
sendiri, seperti dalam, firman Allah surah an nisa:78 yang bermaksud:
Semuanya dari sisi Allah
Juga, dalam surah al-isra’ :20, yang bermaksud:
Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.
Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.
Ketika Dia memanggil
roh dan nafsu kepada diriNya sendiri dengan puas lagi diredhaiNYa,
tersirat bahawa kedua-duanya saling meridhai dan serasa. Ketika Dia
megundang mereka berdua ke syurgaNya, sebenarnya Dia mengundang mereka
menuju keselamatan di sebuah tempat yang damai, jauh dari tempat-tempat
yang tidak diredhai Tuhan. Ketika ia diminta datang ke dalam syurga
bersama para hambaNya yang dicintaiNYa, dimasukkanNya mereka ke dalam
golongan orang yang taat patuh kepada Nya dan telah mengikat kukuh hati
mereka tunduk kepadaNya.
Di dalam kerajaan manusia, di bawah pemeritahan roh, khalifah Allah terdapat empat golologan penduduk:
- Mukmin sejati yang mamatuhi hukum-hukum Tuhan mereka dan, mereka mampu melindungi diri sendiri dari semua kejahatan
- Golongan kedua, mereka pada dasarnya beriman, namun terkadang tersasar berbuat maksiat
- Golongan ketiga, kumpulan munafik iaitu yang menampakkan keimanan padahal sebenarnya mereka tidak beriman
- Golongan keempat . Golongan kafir yang memandang diri mereka sendiri sebagai Tuhan
Inilah kenyataan yang
ada pada kerajaan manusia, di tengah-tengah berlakunya kejahatan, rasa
dengki, perang antara roh dan nafsu. Fikiran dan jiwa yang selalu
mengarahkan kepada kejahatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar