Imam
Ja'far al-Sadiq AS adalah putera kepada Imam Muhammad ibn Ali AS.
Imam Ja'far al-Sadiq AS lahir pada 17 Rabiul Awwal tahun 83 Hijrah
iaitu pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Ibu kepada Imam
Ja'far al-Sadiq AS ialah Fatimah puteri kepada al-Qasim ibn Muhammad
ibn Abu Bakar. Beliau AS merupakan anak sulung kepada Imam Muhammad
al-Baqir AS. Saudara seibunya ialah Abdullah ibn Muhammad AS.
Saudara-saudara-saudaranya
yang berlainan ibu ialah Ibrahim dan Ubaydullah beribukan Umm Hakim
puteri Asid ibn al-Mughirah al-Thaqafi, Ali dan Zainab beribukan
wanita hamba, dan juga Ummu Salamah dari ibu wanita hamba. Beliau
dibesarkan dengan asuhan ayahandanya Imam Muhammad al-Baqir AS dan
perhatian datuknya Imam Ali Zainal Abidin AS. Imam Muhammad ibn Ali AS
dikenali dengan panggilan Imam Muhammad "al-Baqir" yang membawa
maksud pembelah ilmu. Gelaran ini telah diberikan oleh Rasulullah
S.A.W kepada beliau. Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin
Abdillah al-Ansari, bermaksud:
"Rasulullah
S.A.W bersabda kepadaku:"Akan berlaku nanti kamu hidup sehingga kamu
bertemu dengan seorang daripada keturunanku dari al-Husayn AS bernama
Muhammad, beliau akan memecahkan kebuntuan ilmu agama. Bila kamu
menemuinya, sampaikan salamku kepadanya. [Syaikh al-Mufid, Al-Irshad,
Bab fi Dzikir al-Imam Muhammad al-Baqir, hlm. 294]"
Imam
Ja'far al-Sadiq AS adalah cucu kepada Imam Ali Zainal Abidin iaitu
ayahanda kepada Imam Muhammad al-Baqir AS. Imam Ali Zainal Abidin AS
dikenali dengan panggilan "al-Sajjad" yang bermaksud yang banyak
bersujud. Imam Ali Zainal Abidin AS dan puteranya Imam Muhammad
al-Baqir AS hadir dalam peristiwa karbala yang menyayat hati itu. Imam
Ali Zainal Abidin AS wafat pada tahun 95 Hijrah akibat diracun oleh
khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
Pada
zaman remajanya, Imam J'afar AS, turut menyaksikan kejahatan dinasti
Bani Umayyah seperi al-Walid bin Abdul Malik (86-89H) dan Sulaiman bin
Abdul Malik (96-99H). Kedua-dua bersaudara inilah yang terlibat dalam
pakatan meracun Imam Ali Zainal Abidin AS pada tahun 95 Hijrah. Pada
ketika itu Imam Ja'far al-Sadiq AS baru berusia kira-kira 12 tahun.
Beliau juga dapat menyaksikan keadilan Umar bin Abdul Aziz 996-101H).
Pada zaman remajanya Imam Ja'far AS menyaksikan puncak kekuasaan dan
kejatuhan Bani Umayyah. Tatkala al-Baqir AS kembali ke rahmatullah pada 7
Zul Hijjah 114 Hijrah, Imam Ja'far al-Sadiq AS berusia 31 tahun.
Dengan kewafatan ayahandanya, Imam Ja'far al-Sadiq AS, menjawat
jawatan Imam kaum Muslimin berdasarkan nas yang terang dari
ayahandanya Imam Muhammad al-Baqir AS. Muhammad ibn Abi Umayr
meriwayatkan dari Hisham ibn Salim dari Aba Abdillah Ja'far ibn
Muhammad AS (beliau) berkata yang bermaksud:
"Ketika
ayahandaku menghampiri saat-saat kewafatannya, beliau berkata:
"Ja'far aku memberikan kepadamu wasiat perintah kepadamu sypaya
memperlakukan dan mengasuh pengikut-pengikutku dengan baik." "Semoga
saya menjadi tebusanmu," Aku menjawab," Demi Allah, saya akan mendidik
mereka supaya mereka memahami agama mereka, dengan itu mereka tidak
perlu meminta nasihat dari sesiapa pun dari kalangan orang lain."
[Syaikh al-Mufid, Kitabul Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad al-Sadiq
AS]
Terdapat
lagi riwayat-riwayat lain yang menunjukkan hak Imamah Imam Ja'far
al-Sadiq AS yang termasuk dalam 12 Imam dari Ahlul Bayt AS. Aban ibn
Uthman meriwayatkan dari Abu al-Sabbah al-Kinani (beliau) berkata:
"Abu
Ja'far Muhammad AS ketika memandang anaknya Abu Abdillah Ja'far AS
dan (beliau) berkata kepada kami: "Lihatlah lelaki itu? Dia adalah
seorang yang Allah Yang Maha Tinggi dan Berkuasa firmankan:" Dan Kami
hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan
hendak menjadikan mereka Imam dan orang-orang yang mewarisi (Q28:5)."
[Syaikh al-Mufid, Kitabul Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad
al-Sadiq AS]
Hisham
ibn Salim meriwayatkan dari Jabir ibn Yazid al-Jufi: "Abu Ja'far
Muhammad AS ketika ditanya tentang orang yang akan menjadi al-Qaim
selepas beliau. Beliau menepuk-nepuk Aba Abdillah Ja'far AS dengan
tangannya dan berkata:" Demi Allah, inilah lelaki dari keluarga
Muhammad AS yang akan menjadi al-Qaim Imamah." [Syaikh al-Mufid,
Kitabul Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad al-Sadiq AS]
Yunus ibn Abd Rahman meriwayatkan dari Abd al-A'la dari kekuarga Sam, dari Abu Abdillah Ja'far AS (beliau) berkata:
"Ayahku
(Muhammad ibn Ali AS) mewasiatkan (kepada yang hadir). Ketika beliau
hampir wafat, beliau berkata: "Panggil saksi-saksi untukku." Aku (Abu
Abdillah Ja'far AS) memerintahkan empat orang lelaki dari Bani
Quraysh, di antara mereka ialah Nafi'. (Ayahku berkata):" Tulis wasiat
ini, aku wasiatkan seperti Yakub mewasiatkan kepada anak-anaknya:"
Anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka
janganlah kamu mati kecuali dalam agama Islam (Q2:132)." Muhammad ibn
Ali AS menyediakan wasiat terakhir ini kepada Ja'far ibn Muhammad AS.
Beliau memerintahkan Ja'far mengapankannya dengan jubah yang beliau
sering gunakan untuk solat Jumaat, memakaikan beliau serban, membentuk
kuburnya empat persegi, meninggikan kuburnya empat jengkal daripada
bumi dan mengambil pakaian kotornya jauh daripadanya ketika
pengkebumiannya. Kemudian beliau berkata kepada saksi-saksi:" Pergilah
kamu semua semoga Allah mengasihi kamu semua." Ayah, aku berkata
kepadanya (selepas mereka semua beredar)." Mengapakah mereka menyaksikan
semua ini?" "Anakku," Beliau menjawab," Aku tidak mahu nanti kamu
diatasi kerana dikatakan kamu tidak diwasiatkan. Aku mahu kamu
mempunyai hujah dan bukti."[Syaikh al-Mufid, Kitabul Irshad, Bab Imam
Ja'far b. Muhammad al-Sadiq AS]
Malahan
hal tersebut telah dinyatakan dalam hadith Rasulullah S.A.W. Shaykh
Sulaiman Balkhi Hanafi meriwayatkan dalam Yanabi al-Mawaddah,
meriwayatkan dari kitab Fara'ed al-Simtain oleh Humaini dari Mujahid,
dari Ibn Abbas, bahawa seorang Yahudi bernama Na'tsal datang kepada
Rasulullah S.A.W dan berkata:
"
Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda beberapa perkara yang tidak
menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda dapat memberi jawapan
kepadaku, nescaya aku akan memeluk Islam di tangan anda. Beliau S.A.W
bersabda:" Tanyalah wahai Abu 'Ammarah' Dia bertanya beberapa perkara
sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang wasi anda siapa
dia? Tidak ada seorang nabi melainkan ada baginya seorang wasi. Dan
sesungguhnya nabi kami Musa bin Imran telah berwasiatkan kepada Yusyu'
bin Nun. Nabi S.A.W menjawab:" Sesungguhnya wasiku ialah Ali ibn Abi
Talib AS; selepas beliau ialah Hasan dan Husayn AS dan selepasnya ada
sembilan orang yang kesemuanya adalah dari keturunan Husayn AS.
Namakan mereka kepadaku. Beliau S.A.W menjawab: Apabila wafatnya
Husayn AS ialah anaknya Ali AS akan menjadi Imam; apabila wafatnya Ali
ialah anaknya Muhammad; apabila wafatnya Muhammad ialah anaknya
Ja'far; apabila wafatnya Ja'far ialah anaknya Musa; apabila wafatnya
Musa ialah anaknya Ali; apabila wafatnya Ali ialah anaknya Muhammad;
apabila wafatnya Muhammad ialah anaknya Ali; apabila wafatnya Ali
ialah anaknya Hasan; apabila wafatnya Hasan ialah anaknya al-Hujjah
Muhammad al-Mahdi. Bilangan mereka adalah dua belas orang..." [Yanabi
al-Mawaddah, hlm.446-447]
Akhirnya
lelaki Yahudi itu memeluk Islam dan menceritakan bahawa nama-nama
para Imam Dua Belas telah tertulis di dalam buku-buku para nabi yang
terdahulu, dan ia termasuk di antara apa yang telah dijanjikan oleh
Musa AS.
Allamah
al-Hilli dsalam al-Babu l-Hadi 'Ashar juga meriwayatkan sebuah hadith
yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari:
"
Apabila Allah Yang Maha Tinggi berfirman:" Wahai orang-orang yang
beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara
kamu (Q4:58), aku berkata: Wahai Rasulullah kami mengetahui dan
mengenal Allah dan kami mentaatiNya dan kami mengetahui dan mengenal
anda dan mentaati anda tetapi siapakah yang dimaksudkan dengan Ulil
Amri itu, yang Allahj perintahkan kami mentaati mereka? Beliau
bersabda," Wahai Jabir, mereka adalah pengganti-penggantiku dan
memiliki autoriti selepasku. Yang pertama ialah Ali, kemudian anaknya
Hasan, kemudian Husayn, kemudian Ali ibn Husayn, kemudian Muhammad ibn
Ali dan kamu akan nanti menemuinya, Wahai Jabir, apabila kamu bertemu
dengannya sampaikanlah salamku kepadanya, kemudian Ja'far ibn
Muhammad, kemudian Musa ibn Ja'far, kemudian Ali ibn Musa, kemudian
Muhammad ibn Ali al-Jawad, kemudian Ali ibn Muhammad, kemudian Hasan
ibn Ali, kemudian Muhammad ibn al-Hasan yang akan memenuhi bumi ini
dengan keadilan sebagaimana ketika itu ia dipenuhi dengan kezaliman."
Dalam
hal ini al-Kulaini dalam al-Kafi meriwayatkan satu hadith yang
panjang dari Imam Ja'far al-Sadiq AS daripda Abu Basir (beliau
berkata):
"
Aku bertanya kepada Aba Abdillah AS tentang firman Allah Azawajalla
'Taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara kamu'. Beliau
menjawab," Ia (ayat ini) diwahyukan berkenaan Ali ibn Talib, al-Hasan
dan al-Husayn AS." Aku berkata kepadanya," Mereka berkata," Maka
mengapa Allah Azawajalla tidak menamakan Ali dan Ahlul Bayt di dalam
KitabNya?" Beliau AS menjawab," Jelaskan kepada mereka: Perintah
berkenaan solat diturunkan kepada Rasulullah S.A.W tetapi Allah tidak
menjelaskan perinciannya tiga atau empat rakaat, oleh itu Rasulullah
S.A.W lah yang akan menjelaskannya. Dan Dia menurunkan perintah
berkenaan zakat dan tidak menjelaskan perinciannya bahawa bagi setiap
empat puluh dirham (zakatnya) satu dirham sehingga Rasulullah S.A.W
menjelaskan hal itu kepada mereka. Dan Dia menurunkan perintah Haji
tetapi Dia tidak berfirman," Tawaf keliling Ka'abah tujuh kali,"
sehingga Rasulullah S.A.W menjelaskan perkara itu kepada mereka. Dia
ayat, " Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara
kamu, " diturunkan dan ia diwahyukan berkenaan dengan Ali, al-Hasan,
al-Husayn dan Rasulullah S.A.W menjelaskannya tentang Ali, "Maka
barang siapa yang mengakui aku mawlanya maka Ali adalah mawlanya
juga." Dan dia S.A.W bersabda," Aku perintahkan kamu mentaati Allah
Azawajalla supaya tidak memisahkan kedua-duanya sehingga kedua-duanya
menemuiku di al-Hawd ( telaga di syurga), dan Dia memperkenankan
permintaanku itu. Dan dia S.A.W bersabda," Mereka tidak akan
memesungkan kamu dari jalan petunjuk dan tidak akan membawa kamu ke
jalan kesesatan." Sekiranya Rasulullah S.A.W mendiamkan diri tentang
hal itu dan tidak menjelaskan siapa Ahlul Bayt, sudah tentu ahli rumah
sipolan dan sipolan akan menuntut hak tersebut. Walau bagaimanapun
Allah azawajalla telah menurunkan perkara itu dalam KitabNya,
mengesahkan sabda NabiNya:" Ahlul Bayt, sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan kamu dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan
membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya (Q33:33)," dan mereka
adalah Ali, al-Hasan, al-Huseinn dan Fatimah AS. Rasulullah S.A.W
memasukkan mereka dalam selimut di rumah Umm Salamah, kemudian
berkata: Allahumma, sesungguhnya bagi setiap nabi ada Ahlinya dan
Thaqlnya dan mereka ini adalah Ahli dan Thaqlku." Apabila Rasulullah
S.A.W wafat, Ali adalah awla kepada mereka kerana Rasulullah S.A.W
telah menjelaskan hal itu dengan menyuruhnya berdiri dan mengangkat
tangannya. Dan apabila Ali wafat, beliau tidak akan dan tidak mungkin
memasukkan anaknya Muhammad ibn Ali atau al-Abbas ibn Ali atau
anak-anaknya yang lain ke dalam (maksud) Ahlul Bayt. Jika beliau berbuat
demikian tentulah al-Hasan dan al-Husayn akan berkata: Allah Tabaraka
Wa Ta'ala menurunkan hal itu tentang kamu sebagaimana Dia menurunkan
hal itu tentang kami. Dia memerintahkan ketaatan kepada kami
sebagaimana Dia perintahkan ketaatan kepada kamu. Apabila Ali wafat,
al-Hasan adalah orang yang paling awla kerana umur beliau lebih tua.
Di saat kewafatannya beliau tidak akan dan tidak mungkin memasukkan
anak-anaknya atau beliau berdalilkan ayat Allah AZWJ," Dan orang-orang
yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak di dalam
Kitab Allah. (Q:33;6)", menetapkan hak Imamah untuk anak-anaknya. Jika
beliau berbuat demikian al-Husayn akan berkata," Allah telah
memerintahkan ketaatan kepadaku sepertimana Dia telah memerintahkan
ketaatan kepada kamu dan bapa kami dan Rasulullah SAWA menjelaskan
kepada orang ramai tentang diri kami seperti juga dia mejelaskan
kepada mereka tentang diri kamu dan bapa kami dan Dia menghilangkan
kekotoran dari kami seperti juga Dia menghilangkan segala kekotoran
dari diri kamu dan bapa kami." Oleh itu apabila hal itu sampai kepada
al-Husayn, tidak ada seorangpun dari keluarganya yang menuntut hak
Imamah sebagaimana dia boleh menuntut hak tersebut daripada saudaranya
atau bapanya, jika mereka hendak memisahkan hak Imamah daripada
dirinya tetapi tidak berbuat demikian. Apabila saatnya sampai kepada
al-Husein dan hak Imamah terus berjalan menurut tafsiran ayat:" Dan
orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak
di dalam Kitab Allah." Kemudian ia dipegang oleh Ali ibn Husein
selepas al-Husein, dan selepas Ali ibn al-Husein dipegang pula oleh
Muhammad ibn Ali. Dan dia (Ja'far al-Sadiq AS) berkata," Kekotoran
(al-rijsa) dalam ayat ini membawa maksud ragu-ragu (shakk) dan demi
Allah kami tidak pernah ragu-ragu tentang Rabb kami."[Al-Kafi, Kitabul
Hujjah, IV, Bab 64, hadith 757-1]
Kasysyi [Rijal, hlm.418] meriwayatkan ucapan Amr ibn Huraits di hadapan Imam Ja'far al-Sadiq AS, berbunyi:
"
Saya hendak melukiskan Din (agama) saya dan apa yang saya percaya,
supaya anda dapat mengukuhkan iman saya. Dia saya adalah bahawa saya
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul
dan hambaNya. Saya percaya bahawa kedatangan Hari Pengadilan itu
adalah pasti, dan bahawa Allah akan membangkitkan orang-orang yang ada
di dalam kubur. Saya percaya ada kewajipan solat, membayar zakat,
puasa dalam bulan Ramadhan, dan kewajipan menunaikan ibadah Haji ke
Ka'abah bagi yang mampu. Saya bersaksi pada wilayah (kepimpinan) Ali
ibn Abi Talib, pemimpin kaum beriman (Amirul Mu'minin) setelah Rasul
Allah, semoga Allah melimpahkan rahmat atas keduanya dan wilayah
al-Hasan an al-Husayn, wilayah Ali ibn al-Husayn, dan wilayah Muhammad
al-Baqir AS, dan sesudahnya wilayah anda (Imam Ja'far al-Sadiq AS).
Saya bersaksi bahawa kalian adalah para Imam. Dalam Din ini saya hidup
dan dalam Din ini saya mati, serta inilah Din yang dengannya saya
menyembah Allah."
Mendengar ini, Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:
"
Demi Allah, ini sesungguhnya adalah Dinku dan Din ayah-datukku, yang
menyembah Allah secara terbuka dan rahsia, maka takutlah kepada Allah
dan jagalah lidahmu dari berkata yang bukan-bukan kecuali hal yang
baik-baik."
Nas-nas yang sahih dari Rasulullah S.A.W tentang hak Imamah khusus bagi 12 Imam Ahlul Bayt AS adalah banyak.
Al-Qunduzi al-Hanafi juga telah meriwayatkan hadith daripada Jabir, dia berkata:
"
Rasulullah S.A.W bersabda:" Akulah penghulu para Nabi dan Ali adalah
penghulu para wasi. Dan sesungguhnya para wasi selepasku ialah dua
belas orang, pertamanya Ali dan yang terakhir Qaim al-Mahdi. [Yanabi
al-Mawaddah, hlm.445]"
Muslim juga meriwayatkan dalam di dalam hadithnya daripada Nabi S.A.W beliau bersabda:
"
Agama sentiasa teguh sehingga hari Qiamat dan dua belas khalifah
memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy." [Sahih Muslim, hlm.79]
Al-Tirmidzi
di dalam Sunannya [Al-Sunan, II, hlm.110] mencatatkan hadith tersebut
dengan lafaz amir bukan khalifah. Al-Bukhari di dalam Sahihnya
meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi S.A.W bersabda:
"Selepasku
ialah dua belas amir. Maka beliau berucap dengan perkataan yang aku
tidak mendengarnya. Bapaku memberitahuku bahawa beliau bersabda:
"Semuanya daripada Quraisy." [Sahih, IV, hlm.120]
Sayyid
Hasyim al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram telah menjelaskan hadith
dua belas imam sebanyak enam puluh enam riwayat dengan sanad-sanadnya
menurut metodologi Ahlul Sunnah wal-Jamaah [Ghayah al-Maram, I,
hlm.309].
Di
antara kitab-kitab yang menyebut hadith-hadith dua belas khalifah
ialah Manaqib Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad bin Hanbal, Syarh Nahj
al-Balaghah karangan Ibn Abil Hadid, Musnad Abi Ya'la al-Mansuli,
al-Isabah Ibn Hajar al-Asqalani, Dhakha'ir al-Uqba karangan Muhibuddin
al-Tabari, Fusul al-Muhimmah Ibn al-Sibagh al-Maliki dan lain-lain
lagi.
Keperibadian Imam Ja'far al-Sadiq AS
Rujukan
sumber sejarah menampilkan bahawa Imam Ja'far al-Sadiq AS sebagai
seorang tokoh yang sangat dihormati dan dimuliakan pada zamannya.
Menurut Yakubi bahawa sudah menjadi kelaziman bagi ulama yang menyampaikan sesuatu dari beliau mengatakan:
" Si alim (Imam Ja'far al-Sadiq AS) memberitahu kita."
Bahkan
para pakar hukum Madinah iaitu Imam Malik bin Anas (95-179H)
diriwayatkan pernah berkata apabila ia mengutip hadith dari Imam
Ja'far AS, beliau berkata:
" Si Tsiqah Ja'far ibn Muhammad sendiri mengatakan kepadaku bahawa...."
Imam Malik menceritakan peribadi Imam Ja'far al-Sadiq AS dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib, Jilid 2, hlm. 104:
"
Aku sering mengunjungi al-Sadiq. Aku tidak pernah menemui beliau
kecuali dalam salah satu daripada keadaan-keadaan ini: 1) beliau
sedang solat, 2) beliau sedang berpuasa, 3) beliau sedang membaca
kitab suci al-Qur'an. Aku tidak pernah melihat beliau meriwayatkan
sebuah hadith daripada Nabi S.A.W tanpa taharah. Beliau seorang yang
paling bertaqwa, warak, dan amat terpelajar selepas zaman Nabi Muhammad
S.A.W. Tidak ada mata yang pernah, tidak ada telinga yang pernah
mendengar dan hati ini tidak pernah terlintas akan seseorang yang
lebih utama (afdhal) melebihi Ja'far bin Muhammad dalam ibadah,
kewarakan dan ilmu pengetahuannya."
Pada
suatu ketika khalifah al-Mansur Abbasiyyah ingin mengadakan
perbahasan di antara Abu Hanifah dengan Imam Ja'far al-Sadiq AS.
Khalifah bertujuan untuk menunjukkan kepada Abu Hanifah bahawa orang
ramai sangat tertarik kepada Imam Ja'far ibn Muhammad kerana ilmu
pengetahuannya yan gluas itu. Khalifah al-Mansur meminta Abu Hanifah
menyediakan soalan-soalan yang sukar untuk diajukan kepada Imam Ja'afar
ibn Muhammad AS di dalam perbahasan itu nanti. Sebenarnya al-Mansur
telah merancang untuk menewaskan Imam Ja'far ibn Muhammad AS dengan
cara itu dan membuktikan kepada orang ramai bahawa Ja'far ibn Muhammad
tidaklah luas ilmunya. Menurut Abu Hanifah," Al-Mansur meminta aku
datang ke istananya ketika aku tidak berada di Hirah. Ketika aku masuk
ke istananya, aku melihat Ja'far ibn Muhammad duduk di sisi
al-Mansur. Apabila aku memandang Ja'far ibn Muhammad, jantungku
bergoncang kuat, jasad gementar dan takut menyelubungi diriku terhadap
Ja'far ibn Muhammad lebih daripada al-Mansur. Selepas memberikan
salam, Mansur memintaku duduk dan beliau memperkenalkanku kepada
Ja'far ibn Muhammad. Kemudian al-Mansur memintaku mengemukakan
soalan-soalan kepada Ja'far ibn Muhammad. Aku pun mengemukakan soalan
demi soalan dan beliau menjawab soalan-soalan tersebut satu persatu,
mengeluarkan bukan sahaja pendapat ahli-ahli feqah Iraq dan Madinah
tetapi juga mengemukakan pandangannya sendiri sama ada beliau menerima
atau menolak pendapat-pendapat orang lain itu sehingga beliau selesai
menjawab semua empat puluh soalan yang sukar yang telah aku sediakan
untuknya.
Abu
Hanifah berkata," Tidakkah telah aku katakan bahawa dalam soal ahkam,
orang yang paling alim dan mengetahui adalah orang yang mengetahui
pendapat-pendapat orang lain?" Lantaran selepas pengalaman itu, Abu
Hanifah berkata," Aku tidak pernah melihat seorang ahli fiqah yang
paling alim selain Ja'far ibn Muhammad."[Muwaffaq, Manaqib Abu
Hanifah, Jilid I, hlm. 173; Dzahabi, Tadhkiratul Huffadz, Jilid I,
hlm. 157]
Zaid
bin Ali pernah berkata," Sepanjang masa Allah melalui seorang lelaki
daripada kami Ahlul Bayt tidak akan mengizinkan manusia memberikan
alasan yang mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui hukum-hukumNya.
Di zaman kami orang itu ialah anak saudaraku, Ja'far; sesiapa yang
menentangnya tidak akan mendapat petunjuk." [Manaqib Shar Ashub, Jilid
3, hlm. 147]
Yakubi
meriwayatkan Mansur al-Dawaniqi berkata," Ja'far adalah dari golongan
yang Allah firmankan: " Kemudian Kami wariskan Kitab al-Quran itu
kepada orang-orang dari hamba Kami yang telah Kami pilih (Surah
al-Fathir:32)" Ja'far adalah dari kalangan orang-orang yang telah
Allah pilih dan dari kalangan yang melebihi orang lain dalam
kebaikannnya. Dari keluarga Nabi SAWA sentiasa ada seorang ulama yang
mengetahui hadith-hadith Nabi secara keseluruhan dan mengajarnya kepada
orang lain. Pada zaman kami orang itu ialah Ja'far ibn Muhammad."
[Tarikh Ya'qubi, Jilid 3, hlm. 117]
Al-Syahrastani mengungkapkan tentang Imam Ja'far al-Sadiq AS:
"
Ilmunya sangat luas menyangkut agama dan adab. Ia sangat menguasai
falsafah, memperolehi kesolehan besar di dunia dan sepenuhnya menjauhi
hawa nafsu. Ia hidup di Madinah cukup lama untuk memberi manfaat yang
besara pada aliran yang mengikutinya dan memberikan kepada
sahabat-sahabatnya kelebihannya dalam hal ilmu pengetahuan yang
tersembunyi..." [Milal, Jilid I, hlm. 166]
Syaikh al-Mufid mencatatkan:
"
Al-Sadiq Ja'far ibn Muhammad ibn Ali ibn al-Husayn AS adalah khalifah
selepas bapanya Muhammad ibn Ali AS, wasinya, al-qaim bi-al-imammah
selepas Muhammad ibn Ali AS. Beliau seorang yang fadl di kalangan
mereka, seorang yang paling dimuliakan, tinggi kedudukannya sama ada
di kalangan syiah dan bukan syiah. Orang meriwayatkan daripadanya
tentang hal ehwal agama. Ulama terpelajar meriwayatkan daripadanya hal
ehwal agama dan di kalangan Ahlul Bayt beliaulah orang yang paling
banyak meriwayatkan hadith-hadith. Malahan dari kalangan keluarga Nabi
S.A.W banyak meriwayatkan hadith-hadith dripada beliau. Ahli-ahli
hadith banyak meriwayatkan hadith-hadith yang disandarkan kepadanya."
Imam Ja'far al-Sadiq AS sering berkata:
"
Hadith-hadith yang aku keluarkan adalah hadith-hadith dari bapaku.
Hadith-hadith dri bapaku adalah dari datukku. Hadith-hadith dari
datukku adalah dari Ali ibn Abi Talib, Amirul Mu'minin. Hadith-hadith
dari Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib adalah hadith-hadith dari
Rasulullah S.A.W dan hadith-hadith dari Rasulullah S.A.W adalah wahyu
Allah Azza Wa Jalla."[Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14]
Suasana Politik Pada Zaman Imam Ja'far al-Sadiq AS
Setelah
wafat ayahandanya Imam Muhammad al-Baqir AS, Imam Ja'far al-Sadiq
menggantikan ayahandanya sebagai Imam kaum Muslimin yang keenam sesuai
dengan hadith-hadith yang menetapkannya. Beliau menjadi Imam kaum
Muslimin dari tarikh 7 Zul Hijjah tahun 114 Hijrah hingga 15 Rejab 148
hijrah iaitu selama kira-kira 34 tahun. Beliau menjadi Imam ketika
berusia kira-kira 31 tahun dan wafat ketika umurnya mencapai 65 tahun.
Dengan ini juga bermakna Imam Ja'far al-Sadiq AS dapat hidup melalui
zaman keruntuhan Bani Umayyah dan permulaan Dinasti Bani Abbasiyyah.
Zaman
remajanya Imam Ja'far al-Sadiq AS melalui zaman khalifah Bani Umayyah
yang terdiri daripada al-Walid bin Abdul Malik (86-96H), Sulaiman bin
Abdul Malik (96-99H), Umar bin Abdul Aziz 96-101H), dan di zaman awal
dewasannya Imam al-Sadiq AS melalui zaman Yazid bin Abdul Malik
(101-105H), dan di zaman beliau AS menjadi Imam kaum Muslimin, beliau
AS melalui zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik (105-125H),
Al-Walid bin Yazid (125-126H), Yazid bin Al-Walid (126H), Ibrahim bin
Al-Walid (126H), dan Marwan bin Muhammad (127-132H). Seterusnya Imam
Ja'far al-Sadiq AS melalui pula zaman awal pemerintahan Bani Abbasiyyah
iaitu zaman khalifah al-Saffah dan al-Mansur (136-158H).
Kezaliman Khalifah-khalifah Bani Umayyah
Al-Walid
bin Abdul Malik adalah orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan
datuk Imam Ja'far al-Sadiq AS, Imam Ali Zainal Abidin AS pada tahun
95 Hijrah. Al-Walid berasa cemas melihat kedudukan Imam Ali Zainal
Abidin AS yang semakin tinggi dan peribadinya yang semakin dicintai
rakyat. Al-Walid sangat khuatir kedudukan Imam Ali Zainal Abidin yang
akan mengancam kekuasaannya. Maka pada tahun 95H, dengan perantaraan
saudaranya Sulaiman bin Abdul Malik, ia mengutuskan seseorang untuk
meracunnya secara sulit.
Al-Masudi
meriwayatkan:" Walid adalah penguasa yang zalim. Bapanya mencadangkan
supaya al-Walid memuliakan Hajjaj bin Yusuf; memakai kulit harimau
bintang dan bersedia dengan pedang untuk membunuh sesiapa sahaja yang
menentangnya." Al-Walid mematuhi cadangan bapanya itu. Beliau seperti
juga bapanya membiarkan al-Hajjaj bertindak sesuka hatinya, membunuh
dan menyeksa penentang-penentangnya. Al-Hajjaj membunuh Sa'id bin
Jubayr pada zaman al-Walid. Tersebut dalam kitab Tarikh Ibn Jawzi
bahawa penjara al-Hajjaj hanya terdiri daripada dinding sahaja tanpa
bumbung untuk melindungi banduan-banduan daripada panas terik dan
dingin. Masudi menulis: " Bilangan orang yang dibunuh oleh al-Hajjaj
ialah sebanyak kira-kira 120,000 orang tidak termasuk bilangan yang
dibunuh dalam peperangan. Ketika beliau meninggal dunia tedapat
kira-kira 50,000 orang lelaki dan 30,000 orang perempuan dalam
penjaranya dan 16,000 orang perempuan daripada 30,000 orang tadi dalam
keadaan tidak berpakaian." Inilah panglima yang dilantik oleh Abdul
Malik bin Marwan bapa al-Walid dan al-Hajjaj inilah yang dimuliakan
oleh al-Walid bin Abdul Malik.
Apabila
Hajjaj mencapai usia 54 tahun beliau menderita sakit perut yang
berlangsung selama 15 hari. Dalam tempoh tersebut dia menyedari
kematian sudah menghampirinya. Tabib yang dipanggil untuk merawarnya
mengikat secebis daging dan dimasukkan ke dalam tekaknya. Apabila
dikeluarkan daging itu, tabib itu mendapati sejumlah ulat yang telah
melekat kepadanya. Dalam tempoh penderitaan itu, al-Hajjaj juga
mengalami penyakit kesejukan dan mengigil. Al-Hajjaj diletakkan di
sisi unggun api yang besar yang mampu membakar kulitnya tetapi dia
tidak merasakannya. Al-Hajjaj menghubungi Hasan al-Basri. Hasan
al-Basri berkata:" Aku telah menjelaskan kepada kamu supaya jangan
mencabul hak hamba-hamba Allah tetapi kamu telah melakukan lebih
dahsyat daripada itu." Hajjaj berkata:" Aku tidak meminta kamu
mengubatiku tetapi aku hanya kamu berbuat sesuatu supaya aku tidak
mati secepat mungkin." Al-Hajjaj akhirnya mati juga. Ketika berita
kematiannya sampai kepada Hasan al-Basri, beliau lantas bersujud
syukur kepada Allah SWT dan berkata:" Wahai Tuhan, sebagaimana Engkau
telah mencabut nyawanya maka hentikanlah dasar-dasarnya yang cabul
itu." Hajjaj di kuburkan di Wasit. Al-Walid mengatus majlis perkabungan
ke atas kematiannya. Allah SWT telah menghina kematian Hajjaj bin
Yusuf tetapi al-Walid bin Abdul Malik mahu memuliakannya.
Al-Walid
bin Abdul Malik meninggal dunia selepas memerintah selama 9 tahun 1
bulan dan jawatan khalifah kemudian disandang pula oleh saudaranya
Sulaiman bin Abdul Malik. Pada masa ini usia Imam Ja'far AS kira-kira
13 tahun. Jawatan Imam kaum Muslimin di pegang oleh ayahandanya Imam
Muhammad al-Baqir AS. Di zaman pemerintahan Sulaiman (96-99H), tidak
ada apa-apa pembangunan dan kebajikan yang dilakukannya selain
daripada membina istana-istana yang cantik untuk mengisi wanita dan
jariah yang cantik-cantik bagi keperluan peribadinya. Ahli sejarah tidak
begitu banyak mencatat riwayat hidupnya selain daripada beberapa
peristiwa kejam yang dilakukannya ke atas pemimpin-pemimpin Islam yang
telah berjasa di zaman pemerintahan khalifah-khalifah sebelumnya.
Sulaiman bertanggugjawab mengbunuh Muhammad bin Qasim yang telah
membuka Sind di India. Beliau turut membunuh Qutaibah bin Muslim yang
telah membuka wilayah Khurasan dan sekitarnya. Beliau juga membunuh
Musa bin Nusair yang telah membuka Sepanyol. Faktor utama
pembunuhan-pembunuhan itu ialah iri hati dan curiga terhadap
panglima-panglima itu yang dijangka akana menggulingkannya daripada
takhta kerajaan.
Sulaiman
bin Abdul Malik meninggal dunia pada hari Jumaat 20 Safar 99 Hijrah
dan pada hari yang sama Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah
baru Bani Umaiyyah yang kelapan. Usia Imam Ja'far al-Sadiq AS ketika
itu kira-kira 16 tahun. Khalifah Umar bin Abdul Aziz dibesarkan dalam
keluarga Bani Umaiyyah yang mencerca Imam Ali AS di atas mimbar pada
hari Jumaat. Namun demikian gurunya yang bernama Ubaydullah bin Abd
bin Utbah bin Mas'ud adalah pengikut setia Imam Ali AS dan Ahlul Bayt
AS tetapi beliau tidak mengisytiharkan pendiriannya itu secara
terang-terangan kerana khuatir akan keselamatan nyawanya. Ketika Umar
masih kecil, Ubaydullah mendapat kesempatan menjelaskan Umar tentang
kebesaran dan kemuliaan Imam Ali AS. Kisah bagaimana cercaan terhadap
Imam Ali AS dihentikan oleh Umar bin Abdul Aziz diceritakan oleh Ibn
Athir dan Ibn Abil Hadid seperti berikut:
"
Aku (Umar bin Abdul Aziz) belajar Qur'an daripada seorang keturunan
Atbah bin Masud. Pada suatu hari beliau berjalan melintasi aku ketika
aku sedang bermain dengan kawan-kawanku dan mencerca Saidina Ali.
Beliau nampak tidak senang apabila menyaksikan hal ini dan terus ke
masjid. Aku mengekori beliau ke masjid untuk mempelajari al-Qur'an
daripadanya. Guruku tidak memperdulikanku dan memanjangkan solatnya
dan nampaknya beliau tidak menyukai perbuatan aku tadi. Aku bertanya
kepadanya mengapa beliau tidak menyukai perbuatan aku itu. Beliau
bertanya kepadaku:" Adakah kamu juga mencerca Saidina Ali selama ini?"
Aku mengiyakannya. Beliau berkata:" Dari mana kamu dapat tahu Saidina
Ali dibenci Allah SWT? Aku berkata: " Adakah Ali salah seorang ahli
Badar?" Beliau berkata:" Kejayaan Perang Badar adalah untuk Ali." Aku
berkata:" Aku tidak akan mencerca Saidina Ali pada masa akan datang."
Guruku meminta aku berjanji bahawa aku tidak akan melakukan perbuatan
mencerca Saidina Ali pada masa akan datang dan aku pun memenuhi
permintaannya itu."
Umar
bin Abdul Aziz selanjutnya berkata:" pada Hari Jumaat ayahku berdiri
di atas mimbar di Madinah menyampaikan khutbah dan berucap dengan
fasihnya. Walau bagaimanapun apabila dia sampai kepada kata-kata
cercaan kepada Saidina Ali dia menjadi tergagap-gagap, rendah suara
dan mendapati sukar untuk menyatakan cercaan itu. Aku memikirkan hal
itu. Pada suatu hari aku bertanya kepada ayahku:" Ayah seorang
pemidato yang fasih." Ayahku berkata:" Engkau menyedari perkara itu?"
Aku menjawab:" Ya." Ayahku kemudian berkata:" Jika orang-orang Syria
dan lain-lain mengetahui kebaikan-kebaikan Ali, mereka tidak akan
mentaati kita sebaliknya mereka akan menyebelahi keturunan Ali." Aku
ingat kata-kata ini dan kata-kata guruku semasa aku kecil dulu dan aku
berjanji kepada Allah Azawajalla seandainya aku menduduki jawatan
khalifah, aku akan menghentikan cercaan terhadap Saidina Ali."
Umar
bin Abdul Aziz menunaikan janjinya dan melarang cercaan terhadap
Saidina Ali di atas mimbar dan memerintahkan ayat berikut dibaca bagi
menggantikan cercaan tersebut:" Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu)
berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan
Dia melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."
(Q16:90).
Beliau
mengirim arahan tersebut ke seluruh pelusuk kota. Tindakannya ini di
ambil sebagai satu tanggungjawab dan seterusnya menjadi amalan dalam
masyarakat. Orang ramai memuji Ibn Abdul Aziz kerana tindakan beliau
itu.
Umar
juga bertanggungjawab memulangkan Tanah Fadak kepada keturunan
Fatimah AS. Beliau menyerahkan Tanah Fadak kepada Imam Muhammad
al-Baqir AS. Tindakannya itu mendapat kritikan sebahagian Quraish dan
orang-orang Syria kerana pada tanggapan mereka Umar telah menyalahi
keputusan Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Umar bin Abdul Aziz berkata: "
Tuntutan Fatimah ke atas Tanah Fadak adalah berasas dan tanah itu
adalah miliknya. Fatimah sebagai penghulu wanita di syurga sudah tentu
tidak akan membuat tuntutan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah
S.A.W. Oleh itu dengan tindakan ini aku mengharapkan taqarrub kepada
Allah dan NabiNya dan aku mengharapkan syufaat dari Fatimah, Imam
Hasan dan Imam Husayn. Seandainya aku berada di pihak Abu Bakar, aku
akan menerima permintaan Fatimah dan tidak akan menuduhnya pembohong."
Umar
meninggal dunia pada tahun 101 Hijrah. Kemudian jawatan khalifah
jatuh ke tangan Yazid bin Abdul Malik. Yazid memegang tampuk
pemerintahan selama 5 tahun. Sementara itu ketika itu, usia Imam
Ja'far al-Sadiq AS kira-kira 18 tahun. Berbeza dengan Umar bin Abdul
Aziz yang adil, sebaliknya Yazid melakukan tindakan-tindakan yang
sebaliknya. Beliau menulis surat kepada gabenor-gabenornya supaya
kembali ke keadaan asal. Yazid merampas kembali Tanah Fadak. Seperti
juga Yazid bin Muawiyah, Yazid bin Abdul Malik gemar kepada
wanita-wanita dan minum arak. Ibn Abdul Rabbih meriwayatkan bahawa Abu
Hamzah melukiskan perwatakan Yazid seperti berikut:" Dia meletakkan
Hubabah di sebelah kanannya dan Salamah di sebelah kirinya. Kemudian
dia meminta Hubabah menyanyikan lagu untuknya dan Salamah menuangkan
arak untuknya. Apabila dia mabuk dia gemar mengoyakkan pakaiannya dan
berkata:" Aku mahu terbang. Terbang ke neraka yang menjadi persemadian
si penjenayah."
Yazid
meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah dan digantikan pula oleh Hisyam
bin Abdul Malik. Beliau menjalankan dasar yang kejam kepada para
pengikut Ahlul Bayt AS. Hisyam memerintahkan golongan syiah
dihancurkan. Ramai yang dimasukkkan ke dalam penjara dan juga dibunuh.
Beliau merobohkan rumah Kumayt, seorang penyair yang menyokong Ahlul
Bayt. Beliau menulis kepada Khalid bin Abdul Malik, gabenor Madinah
supaya memenjarakan keturunan Bani Hasyim dan melarang mereka
meninggalkan kota. Imam Muhamad al-Baqir wafat pada tahun 114 Hijrah
akibat diracun oleh Ibrahim ibn Walid ibn Abdullah, anak saudara
Hisyam bin Abdul Malik. Pada tahun 121 Hijrah Zaid bin Ali Zainal
Abidin AS melakukan gerakan jihad menentang rejim Hisyam yang zalim
itu. Walau bagaimanapun Zaid terbunuh bersama ramai
pengikut-pengikutnya. Berita syahidnya Zaid disampaikan kepada Imam
Ja'far al-Sadiq AS. Imam amat dukacita apabila mengetahui kejadian
tersebut. Imam segera mengirimkan wang seribu dinar kepada keluarga
pengikut-pengikut Zaid yang terkorban.
Selepas
peristiwa penentangan Zaid, Hisyam memerintahkan agar seluruh
keluarga Abu Talib, terutamanya para pemukanya harus menjauhkan diri
dari sebarang pemberontakan dan mengutuk para pemimpinnya. Di antara
mereka ialah Abdullah bin Muawiyah dan Abdullah al-Mahdi tetapi nama
Imam Ja'far al-Sadiq AS tidak disebut. Putra Zaid bernama Yahya
meneruskan perjuangan ayahnya tetapi setelah tiga tahun bergiat di
Khurasan, usaha Yahya itu gagal seperti juga ayahnya. Beliau terkorban
ketika menentang khalifah Walid bin Yazid (125-126 Hijrah).
Setelah
kematian al-Walid bin Yazid pada tahun 126 Hijrah, Abdullah al-Mahdi
bersama kelompoknya memutuskan untuk bertindak. Pada waktu menunaikan
Haji di Mekah, Abdullah al-Mahdi mengundang kerabatnya dan para
pengikutnya untuk membai'ah putranya Muhammad bin Abdullah.
Pembai'ahan itu pertama kali dilakukan di Masjidil Haram dan kemudian di
al-Abwa dekat Madinah. Menurut Abu Faraj, di antara yang mengangkat
sumpah adalah tiga Abbasiyyah bersaudara iatu Ibrahim al-Imam, Abul
Abbas al-Saffah dan Abu Ja'far al-Mansur serta anggota lain dari
keluarga Abbasiyyah. Walau bagaimanapun, Al-Tabari hanya menyebut nama
Abu Ja'far al-Mansur sahaja yang mengangkat sumpah membaiah Muhammad
bin Abdullah.
Pada
tahun 129 Hijrah, sepucuk surat yang dikirimkan oleh Ibrahim bin
Muhammad kepada Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan jatuh ke tangan
Marwan bin Muhammad (127-132H). Surat itu menekankan supaya bersikap
keras terhadap sesiapa sahaja yang didapati menentang atau cuba
mematahkan gerakan mendirikan Kerajaan Abbasiyyah. Walau bagaimanapun
Ibrahim dapat ditangkap dan kemudian diseret ke Damsyik dan seterusnya
di hantar ke Harran untuk dipenjarakan. Ibrahim al-Imam meninggal
dunia dalam penjara. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat
mewasiatkan supaya jawatan kepimpinan diserahkan kepada saudaranya
Abdullah Abu al-Abbas. Kufah hendaklah dijadikan pusat gerakan mereka.
Beliau meminta supaya Abu al-Abbas bersama dengan sebilangan keluarga
mereka berangkat ke Kufah. Justeru, Abu al-Abbas, Abu Ja'far Abdullah
dan empat belas keluarga itu meninggalkan al-Humaimah menuju Kufah.
Wakil
Abbasiyyah di Kufah ialah Abu Salamah al-Khallal. Pada saat ini Abu
Salamah memikirkan untuk membatalkan baiahnya terhadap Abbasiyyah
kerana beliau berasa terikat kesetiaannya kepada Ibrahim al-Imam dan
bukan kepada saudaranya Abu al-Abbas. Menurut al-Tabari, apabila
kematian Ibrahim al-Imam sampai ke Kufah, Abu Salamah berniat untuk
mendirikan Imamah Alawiyah. Dikatakan beliau menulis surat kepada Imam
Ja'far al-Sadiq AS, Abdullah al-Mahdi dan Umar bin Ali Zainal Abidin,
meminta mereka datang ke Kufah dan beliau akan mendokong Imamah
mereka. Imam Ja'far al-Sadiq AS menolak tawaran tersebut. Ketika
utusan itu menyerahkan surat tersebut kepada Imam al-Sadiq AS, Imam
meminta lampu lalu membakar surat tersebut dan berkata kepada pemgirim
surat itu:" Katakan kepada majikanmu itu apa yang telah kamu
saksikan." Abdullah al-Mahdi meneriwa tawaran itu. Lalu Imam Ja'far
al-Sadiq AS dilaporkan memperingati Abdullah dengan nada keras supaya "
tidak melibatkan dan membahayakan jiwanya dan anaknya dalam politik
itu kerana Abu Salamah bukan syiah kita dan orang Khurasan bukan
pengikut kita."
Pendirian
Imam J'afar al-Sadiq AS tentang perjuangan tersebut adalah jelas
dalam satu pertemuan di Abwa. Imam al-Sadiq AS terang-terang menolak
dakwaan "al-Mahdi" itu. Malahan Imam al-Sadiq AS meramalkan kematian
dua bersaudara itu (Muhammad bin Abdullah dan Ibrahim) di tangan
al-Mansur.
Syeikh
al-Mufid telah meriwayatkan peristiwa pertemuan di Abwa dan penolakan
Imam Ja'far al-Sadiq AS seperti berikut:" Sekumpulan Bani Hasyim
bertemu di Abwa. Di antara mereka ialah Ibrahim bin Muhammad bin Ali
bin Abdullah bin Abbas dan Abu Ja'far al-Mansur, Salih bin Ali,
Abdullah bin al-Hasan dan dua orang anaknya Muhammad dan Ibrahim dan
Muhammad bin Abdullah in Amr bi Uthman. Salih bin Ali berkata kepada
mereka:" Kamu semua mengetahui bahawa kamu semua adalah orang-orang
yang mereka hormati dan Allah telah membawa kamu semua berkumpul di
sini. Justeru, berilah baiah kepada salah seorang daripada kamu dengan
sepenuh jiwa kamu. Ikatkan diri kamu supaya Allah akan memberikan
kemenangan kerana Dia sebaik-baik pemberi kemenangan."
Abdullah
bin Hasan memuji-muji Allah dan kemudian berkata:" Kamu semua tahu
bahawa anakku adalah al-Mahdi. Lantaran itu marilah kita semua memberi
baiah kepadanya."
"Mengapa
kamu semua membohongi diri kamu sendiri?" Tanya Abu Ja'far al-Mansur.
Demi Allah kamu semua mengetahui bahawa tidak ada sesiapa yang akan
dikuti oleh orang ramai selain orang ini," maksudnya Muhammad bin
Abdullah. "Benar," Jawab mereka, "Inilah orang yang kami terima." Oleh
itu mereka semua memberikan baiah kepada Muhammad.
Ja'far
bin Muhamad AS tiba dan Abdullah bin al-Hasan meminta Imam J'afar
al-Sadiq AS duduk di sisinya. Abdullah mengulangi apa yang telah
dikatakannya sebelum ini. Namun demikian, Ja'far al-Sadiq AS berkata: "
Jangan lakukan perkara itu. Masa datangnya al-Mahdi belum tiba. Jika
kamu (Abdullah) menganggap anakmu Mahdi, sebenarnya bukan, ataupun
masa ini bukannya masa al-Mahdi. Hal ini kerana kamu dan saudara tua
kami yang kami hormati, kami tidak akan mengabaikan kamu semata-mata
untuk kepentinga baijah kepada anak kamu, walaupun sekiranya kamu
hanya mahu bangkit demi kerana kemarahan di jalan Allah, amar ma'aruf da
nahi mungkar."
Abdullah
menjadi marah dan berkata:" Aku faham pertentangan dalam kata-kata
anda. Demi Allah, Allah tidak akan memberikan anda ilmu ghaib tetapi
itu hanyalah semata-mata kerana rasa irihati kepada abakku yang
menyebabkan anda bersikap demikian.
"Demi
Allah, bukan itu tujuanku," Jawab Imam Ja'far al-Sadiq AS, " tetapi
orang ini saudaranya dan anak-anaknya." Kemudian beliau menyentuh
belakang tubuh Abu al-Abbas dan memegang belakang tbuh Abdullah b
al-Hasan. "Demi Allah, kekhalifahan bukan untuk anda atau kedua anak
anda tetapi ia adalah untuk mereka (Abbasiyyah). Kedua anak anda akan
terbunuh." Beliau AS berdiri dan bersandar di bahu Abd al-Aziz bin
Imran al-Zuhri, beliau AS menyambung," Tidakkah anda melihat pemilik
jubah kuning?" (maksudnya al-Mansur). "Ia," dia menjawab. "Demi
Allah," beliau AS berkata," kami melihat pada suatu hari dia (Abu
Ja'far al-Mansur) akan membunuhnya (Muhammad bin Abdullah)." "Adakah
di akan membunuh Muhammad?" Tanya Abdul Aziz kepada Imam al-Sadiq AS.
"Benar," beliau AS menjawab. Abdul Aziz melaporkan:" Aku berkata
kepada diriku: "Demi Tuhan Ka'abah, dia irihati kepadanya." Tetapi,
tidak lama kemudian, demi Allah, aku belum lagi kembali ke rahmatullah
dan aku menyaksikan (Abu Ja'far al-Mansur) membunuh mereka berdua."
Apabila
J'afar al-Sadiq AS berkata demikian, orang ramai pun bersurai. Abd
al-Samad dan Abu Ja'far mengekori al-Sadiq AS dan bertanya," Abd
Allah, adakah anda benar-benar bermaksud demikian?" "Ia," jawab
beliau," Demi Allah aku benar-benar menyatakan hal itu dan aku
mengetahuinya."
Perlantikan
Muhammad bin Abdullah al-Mahdi sebagai khalifah bayangan yang pertama
adalah suatu helah politik golongan Abbasiyyah semata-mata untuk
menarik sokongan orang-orang Alawiyyah. Apabila pemerintah Bani
Umayyah terakhir dikalahkan pada tahun 132 Hijrah, Abu Salamah
berhasrat untuk menegakkan kerajaan Alawiyah dan menyingkirkan
golongan Abbasiyyah. Golongan Abbasiyyah lantas segera mengisytiharkan
Abdullah Abu al-Abbas sebagai khalifah yang pertama. Dengan perlantikan
itu jawatan khalifah telah tersingkir dari golongan Alawiyyah.
Pemerintahan Bani Abbasiyyah
Abu
al-Abbas dilantik sebagai khalifah pada tahun 132 Hijrah. Abu
al-Abbas menyerahkan tugas menghapuskan Marwan bin Muhammad,
pemerintah Bani Umayyah terakhir kepada bapa saudaranya Abdullah bin
Ali. Setelah pertempuran yang hebat d tebing Sungai Zab, anak Sungai
Tigris, Dinasti Umaiyyah mengalami kekalahan. Marwan melarikan diri ke
Palestin dan kemudian ke Mesir. Di sana beliau dibunuh pada 27 Dzul
Hijjah 132 Hijrah.
Abu Salamah kemudian turut dibunuh oleh khalifah Abu Abbas al-Saffah kerana sikap pro-Alawiyyahnya.
Pemerintahan
al-Saffah berlangsung selama empat tahun. Pada zamannya, ramai
penyokong Bani Umaiyyah dibunuh. Pembunuhan berlaku di kota-kota besar
seperti Mekah, Madinah, Kufah dan lain-lain lagi. Imam Ja'far
al-Sadiq AS pula di bawa ke Hirah, Iraq. Al-Saffah memaksa Imam
al-Sadiq AS tinggal di Hirah di bawah pengawasannya. Tidak lama kemudian
Imam al-Sadiq AS dibenarkan kembali ke Madinah.
Selepas
kematian al-Saffah, Abu Ja'far bin Muhammad al-Mansur pula menaiki
takhta. Beliau menahan Imam Ja'fart al-Sadiq AS dan membawanya ke
Samarra dan akhirnya dizinkan kembali ke Madinah.
Muhammad
al-Nafs al-Zakiyyah menolak baiah kepada al-Manusr. Akibatnya, pada
tahun 140 Hijrah, al-Mansur memutuskan memaksa al-Nas al-Zakiyyah dan
saudaranya Ibrahim membaiahnya. Perintah dikeluarkan untuk menangkap
Abdullah al-Mahdi dan pemuka-pemuka Alawiyyah yang lain. Gerakan
al-Nafs al-Zakiyyah mendapat sokongan ahli Hadith Madinah. Malik bin
Anas memberi fatwa bahawa baiah yang diberikan kepada al-Mansur adalah
tidak sah kerana ia dilakukan secara paksa. Pertempuran berlaku di
antara al-Nafs al-Zakiyyah dan tentera al-Mansur pada tahun 145 Hijrah.
Hasilnya pasukan al-Nafs al-Zakiyyah ditumpaskan dan Muhammad sendiri
terbunuh. Selepas kegagalan al-Nafs al-Zakiyyah, saudaranya Ibrahim
mengumpulkan penyokong-penyokongnya di Basrah. Masyarakat Kufah dan
Basrah menyokong gerakan yang dipimpin oleh Ibrahim itu. Abu Hanifah
yang pada suatu ketika dulu mengeluarkan fatwa menyokong gerakan Zaid
bin Ali menentang khalifah Hisham bin Abdul Malik, kini turut
mengeluarkan fatwa yang menyokong perjuangan Ibrahim menentang
al-Mansur. Walau bagaimanapun gerakan Ibrahim turut menemui kegagalan.
Ibrahim sendiri terbunuh bersama-sama pengikut-pengikutnya.
Pada
zaman pemerintahan al-Mansur, Imam Ja'far al-Sadiq AS mengarahkan
para pengikutnya berdiam diri dan menunjukkan sikap patuh kepada
al-Mansur. Imam AS berpesan:" Hendaklah kamu semua berdiam diri dan
menunjukkan sikap patuh kerana kamu sedang berada di bawah penguasaan
seorang raja yang mempunyai tipu daya yang kerananya gunung pun boleh
runtuh."
Walau
bagaimanapun, al-Mansur tidak berpuas hati dengan sikap Imam AS dan
para pengikutnya itu kerana mereka semua menganggap Imam Ja'far
al-Sadiq AS sebagai Imam kaum Muslimin dan bererti kedudukannya lebih
tinggi daripada al-Mansur. Muhammad Asqanturi berkata:" Aku pergi
menemui al-Mansur dan mendapati beliau sedang berfikir. Aku bertanya
kepada beliau mengapa beliau murung demikian?" Mansur menjawab:" Aku
telah membunuh lebih daripada seribu keturunan anak perempuan Muhammad
tetapi aku masih belum membunuh pemimpin mereka." Mansur berkata:"
Aku tahu engkau menganggapnya sebagai Imam dan percaya dia itu adalah
Imam kepada diriku, Imam engkau dan Imam seluruh dunia. Walau
bagaimanapun aku harus menemuinya sekarang."
Riwayat
di atas menunjukkan dendam al-Mansur kepada Imam J'afar al-Sadiq AS.
Lebih-lebih lagi ajaran Imam Ja'far al-Sadiq AS telah berkembang pesat
pada ketika itu dan dikatakan seorang daripada wazir al-Mansur yang
bernama Rabi' adalah seorang syiah. Di dalam al-Iqdul Farid
diriwayatkan bahawa pada suatu ketika al-Mansur sampai ke Madinah
dalam perjalanannya untuk ke Mekah, beliau meminta Rabi' mengundang
Imam Ja'far al-Sadiq AS menemuinya. Beliau berkata," Semoga Allah
membunuhku jika aku tidak membunuhnya." Rabi' sengaja melambat-lambatkan
undangan itu tetapi akhirnya terpaksa menunaikan perintah atas
perintah al-Mansur. Kemudian beliau menjemput Imam untuk bertemu
dengan al-Mansur. Ketika Imam sampai, mulutnya seperti mengucapkan
sesuatu. Beliau mendekati al-Mansur dan memberikan salam. Al-Mansur
berkata: " Wahai Allah! Semoga engkau dihinakan. Engkau telah membuat
angkara di wilayah-wilayahku. Semoga Allah membunuhku jika aku tidak
membunuh engkau."
Imam
Ja'far al-Sadiq AS berkata:" Nabi Sulaiman mendapat takhta kerajaan
dan beliau bersyukur kepada Allah. Nabi Ayyub mengalami penderitaan
tetapi beliau menghadapinya dengan tabah. Nabi Yusuf ditindas dan
beliau memaafkan si penindas. Kamu menggantikan mereka dan amat patut
kamu mengikuti jejak mereka."
Al-Mansur
kemudian mengangkat kepalanya lalu berkata," Kamu lebih dekat kepada
kami dan kerabat kami yang paling hampir daripada suku-suku lain."
Beliau lalu memeluk Imam AS dan mendudukkannya di atas permaidani dan
memulakan percakapan. Selepas itu beliau memerintahkan," Bawakan
hadiah dan pakaian untuk Sadiq..."
Apabila
Imam yang suci itu keluar dari situ, Rabi mengekori dari belakang dan
berkata," Selama tiga hari saya mempertahankan anda dan melakukan apa
sahaja untuk menyelamatkan anda. Apabila anda menemui al-Mansur aku
melihat bibirmu bergerak-gerak dan tiba-tiba dia tidak dapat berbuat
apa-apa yang menyakitimu. Sebagai seorang yang bekerja untuk raja,
saya amat memerlukan doa yang anda bacakan itu. Imam berkata,"
Katakan: Wahai Allah! Lindungi aku dengan mataMu yang tidak tidur,
peliharakan diriku dengan kekuasaaanMu yang tidak akan menjadi sasaran
kebinasaan, yang memungkinkan diriku tidak binasa, kerana Engkaulah
segala harapanku yang ditujukan. Wahai Tuhanku! Ampunkan diriku,
justeru Engkau telah mengurniakan diriku pemberian-pemberian yang
melimpah, yang aku tidak dapat membalasnya, walaupun demikian Engkau
tetap tidak menarik balik segala pemberian-pemberian itu dan banyaklah
bencana yang menimpa diriku yang aku tertakluk olehMu, tetapi aku
kurang kesabaran. Wahai Tuhan! Peliharakanlah diriku dengan
keselamatan daripda tipudaya dengan bantuanMu dan kekuasaanMu dan aku
memohon perlindungan dalam rahmatMu daripada kejahatan."
Syaikh al-Mufid meriwayatkan kisah yang sama dalam versi yang lebih panjang seperti berikut:
"
Al-Mansur memerintahkan Rabi' membawa Abu Abdillah Ja'far AS
menemuinya. Dia (Rabi') membawa Imam Ja'far AS mengadap al-Mansur.
Apabila al-Mansur melihatnya, dia berkata," Semoga Allah membunuhku,
jika aku tidak membunuh kamu. Kamu cuba mengancam kekuasaanku dan kamu
cuba mengkhianatiku."
" Demi Allah, tidak demikian, " balas Abd Abdillah AS.
"
Aku juga tidak bermaksud demikian. Jika anda telah diberitahu
demikian, itu adalah satu pembohongan. Walau bagaimanapun, jika memang
aku telah melakukan demikian, Nabi Yusuf telah dilayan dengan buruk
dan beliau memaafkannya, Nabi Ayub menderita dan beliau bersabar, dan
Nabi Sulaiman menerima anugerah kekayaan dan beliau bersyukur.
Orang-orang ini adalah Nabi-nabi dan keturunanmu bersambung dengan
mereka."
" Memang benar, " balas al-Mansur. " Marilah ke sini."
Imam
bangun dan duduk di sisi al-Mansur dan kemudian al-Mansur
menyambung:" Sipolan bin sipolan telah melaporkan kepadaku tentang apa
yang telah anda katakan."
" Bawa dia ke sini Amirul Mukminin," Imam menjawab," supaya dia boleh berhujah denganku tentang perkara itu."
Lelaki berkenaan dibawa ke hadapan mereka dan al-Mansur mengemuka soalan kepadanya:
" Adakah engkau benar-benar mendengar apa yang telah engkau laporkan kepadaku tentang Ja'far?"
Ia, benar," lelaki itu menjawab.
" Bersumpahlah," kata Abd Abdillah AS.
" Adakah engkau sanggup bersumpah untuk itu?" kata al-Mansur.
" Aku bersumpah," jawab lelaki itu.
"
Katakan: Aku berlepas diri dari kekuasaan Allah dan kekuatanNya dan
aku berlindung kepada kekuasaan dan kekuatanku sendiri jika aku
berbohong tentang Ja'far yang telah melakukan hal-hal tersebut dan
telah berkata seperti yang telah aku laporkan," kata Abd Abdillah.
Lelaki
itu diam sejenak dan kemudian melafazkan sumpah sepertimana yang
diajarkan oleh Imam Ja'far AS tetapi tidak sampai beberapa detik
kemudian, kakinya menjadi kaku (mati).
" Heret dia keluar, semoga Allah melaknatinya," seru Abu Ja'far al-Mansur.
Al-Rabi'
melaporkan:" Apabila Ja'far bin Muhammad AS menemui al-Mansur aku
menyaksikan kedua bibirnya bergerak-gerak. Apabila kedua bibirnya
digerakkan, kemarahan al-Mansur menjadi reda, justeru, apabila Imam
Ja'far AS mendekatinya, beliau (al-Mansur) kelihatan menyukainya.
Apabila Abd Abdillah AS keluar dari majlis itu, aku mengekorinya dari
belakang dan berkata kepadanya:" Orang tadi (al-Mansur) adalah orang
yang paling marah terhadap anda. Apabila anda masuk ke dalam, anda
mengerak-gerakkan kedua bibir anda dan ketika kedua bibir anda
bergerak-gerak, marahnya menjadi reda. Dengan perkataan apakah anda
mengerakkan kedua bibir anda tadi?"
" Dengan doa datukku al-Husayn bin Ali AS," beliau menjawab.
" Semoga diriku menjadi tebusanmu," aku berkata," Apakah doa itu?"
Beliau memberitahuku:
"
Wahai Yang Memeliharaku di saat kesusahan, Wahai Penolongku ketika
menghadapi bencana, lindungi diriku dengan mataMu yang tidak tidur,
lindungi diriku dengan bentengMu yang tidak boleh ditembusi (oleh
sesiapa)."
Al-Rabi' melaporkan:" Aku mempelajari doa itu dan tidak pernah menghadapi saat kesusahan."
Pada
ketika itu, aku bertanya kepada Ja'far bin Muhammad AS:" Mengapa anda
melarang pembohong itu daripada bersumpah dengan nama Allah?"
"
Aku menahannya (daripada bersumpah dengan nama Allah) kerana Allah
SWT akan menyaksikan lelaki itu memuji KeesaanNya dan memuliakanNya,"
beliau menjawab, " kerana hal itu Dia akan menangguhkan hukuman ke
atasnya. Oleh yang demikian, aku memintanya bersumpah dengan cara yang
engkau dengar tadi dan Allah menimpakan bala yang dahsyat ke atasnya
(pada saat itu juga)."
Sebelum
peristiwa itu berlaku, Imam J'afar al-Sadiq AS dituduh memungut zakat
untuk diberikan kepada Muhammad al-Mahdi yang menentang al-Mansur.
Imam al-Sadiq AS juga dituduh menyokong pemberontakan Muhammad bin
Abdullah dan saudaranya Ibrahim bahkan Imam Ja'far AS juga dituduh
sebagai dalang di belakang pemberontakan tersebut. Pada hakikatnya
semua tuduhan-tuduhan itu tidak benar. Walau bagaimanapun al-Mansur
telah menggunakan ancaman yang keras dalam penyiasatannya terhadap
Imam Ja'far al-Sadiq AS. Al-Mansur tidak memperdulikan sinar hidayah,
kebaikan, kehormatan kerabat, silaturahim dan darjat ilmu Imam Ja'far
al-Sadiq AS. Pada suatu ketika dialog antara Al-Mansur dengan Imam
AS. Imam Al-Sadiq AS dipanggil ke istana al-Mansur kerana beliau AS
dituduh menulis surat kepada penduduk Khurasan supaya membatalkan
baiah kepada al-Mansur:
"
Engkau ini wahai Ja'far tidak pernah memadamkan hasad dengkimu dan
pencerobohanmu terhadap Ahlul Bayt Bani Abbas dan kamu merosakkan
harta mereka. Dengan demikian Allah SWT menambahkan lagi perasaan
hasad dengki dalam hatimu dan dengannya engkau sampaikan apa yang
telah kamu mampu membuatnya."
Al-Imam al-Sadiq AS menjawab:
"
Demi Allah SWT wahai Amirul Mukminin. Aku tidak membuat sesuatu
daripada apa yang kamu katakan. Di zaman kekuasaan Bani Umaiyyah, pada
hal kamu tahu mereka itu adalah manusia yang paling memusuhi kami dan
kami tahu sesungguhnya mereka itu tidak berhak di dalam pemerintahan
ini, namun demikian demi Allah SWT aku tidak pernah memberontak
terhadap mereka dan mereka tidak pernah menerima sebarang gangguan
dariku. Bagaimanakah kini aku membuat semua ini padahal engkau adalah
sepupuku, kerabatku yang paling dekat, yang paling pemurah dan paling
ikhsan kepada kami? Bagaimanakah aku boleh berbuat sedemikian rupa?"
Lalu al-Mansur terdiam seketika. Kemudian dia menyambung lagi:
"
Wahai Ja'afar, tidak malukah engkau dengan usiamu yang tua ini,
dengan nasab keturunan ini, tetapi bercakap perkara yang batil,
memecahbelahkan kekuatan Muslimin, bercita-cita untuk menumpahkan
darah dan menyebarkan fitnah di kalangan rakyat jelata dan wali Allah
SWT?"
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:
"
Tidak demi Allah SWT! Wahai Amirul Mukminin! Aku tidak berbuat
demikian. Ini bukan suratku, bukan tulisanku dan bukan cop moho
cincinku."
Lantas
Al-Mansur menghunus pedangnya dan menyoal Imam AS bertalu-talu. Imam
Ja'far AS tetap menafikan segala tuduhan tersebut. Kemudian al-Mansur
memasukkan pedangnya semula ke dalam sarung. Lantas diam seketika dan
kemudian berkata:
" Aku menyangka bahawa engkau memang benar."
Demikianlah
bagaimana Ja'far al-Sadiq AS menjawab segala tuduhan itu dengan
lembut dan bernas tetapi al-Mansur berkata kepadanya dengan bahasa
yang kasar dan keras.
Doktrin
taqiyyah merupakan ajaran Ahlu Bayt AS yang bertujuan untuk
memelihara diri dan yang lebih penting untuk menjamin ikhtiar hidup
Islam yang dibawa oleh Ahlul Bayt AS. Lantaran ini Imam al-Sadiq AS
mengarahkan para pengikutnya mengamalkan taqiyyah pada keadaan-keadaan
yang menuntut taqiyyah. Taqiyyah menjadi haram jika ia menyebabkan jiwa
orang lain terancam. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata kepada Mua'lla ibn Khunays,"
Peliharalah urusan kami dengan segala rahsia dan janganlah engkau
membocorkannya di khalayak ramai, kerana barang siapa merahsiakan dan
tidak mendedahkannya, Allah akan memuliakan dirinya di dunia dan
dijadikanNya nur di antara kedua matanya di akhirat, memandunya ke
syurga. Wahai Mua'lla! Barang siapa yang membocorkan urusan kami di
khalayak ramai dan tidak menyembunyikannya, Allah akan menghinakannya
di dunia dan akan menarik balik nur di antara kedua matanya di
akhirat, dan akan dijadikanNya kegelapan untuknya yang akan membawanya
ke neraka. Wahai Mu'alla, sesungguhnya taqiyyah adalah Dinku dan Din
bapaku dan seseorang yang tidak mengamalkan taqiyyah tidak mempunyai
Din. Wahai Mu'alla, Allah menyukai seseorang yang beribadat secara
sirr (sembunyi) sebagaimana juga Dia menyukai seseorang yang beribadat
secara terang-terangan. Wahai Mu'alla barang siapa yang mendedahkan
urusan kami, ia adalah seperti orang yang tidak mempercayainya."
Doktrin
taqiyyah memang mempunyai dasar dalam al-Qur'an Al-Qur'an surah
16:106, bermaksud:" Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah
beriman (dia mendapat kemurkaan Allah) kecuali orang yang terpaksa
padahal hatinya tetap dalam iman."
Namun
demikian, Mu'alla sendiri telah dibunuh oleh Dawud bin Urwah kerana
keenggannya mendedahkan nama-nama orang Syiah. Kisahnya sebagaimana
dicatatkan oleh Muhammad Jawad Mughniyyah seperti berikut:
"Mu'alla
bin Khunays adalah di antara orang-orang yang rapat dengan Imam
Ja'far al-Sadiq AS. Beliau menguruskan hal ehwal kewangan Imam Ja'far
AS yang suci itu. Mansur menulis kepada Dawud bin Urwah, gabenor
Madinah, memerintahkan supay Mu'alla dibunuh. Dawud memanggil Mu'alla
dan berkata kepadanya:
"
Tuliskan nama-nama orang syiah yang engkau ketahui. Sekiranya engkau
tidak mahu memberikan kerjasama, aku akan pancung kepalamu."
"
Mu'alla berkata:" Adakah engkau akan mengancam aku dengan kematian?
Aku bersumpah dengan nama Allah seandainya salah seorang nama mereka
berada di bawah tapak kakiku, aku tidak akan mengangkat kakiku itu."
Dawud kemudian memenggal kepala Mu'alla dan menggantungnya.
Di
kalangan pengikut-pengikut Imam AS, taqiyyah diamalkan sesuai dengan
ajaran Ahlul Bayt AS. Al-Kulaini meriwayatkan dari Abi Khalid
Shaynulah (beliau) berkata:
"
Aku bertanya Abu Ja'far al-Thani AS (Muhammad al-Taqi AS),semoga
diriku menjadi tebusanmu, pemimpin-pemimpin kami dalam hadith-hadith
meriwayatkan dari Abu Ja'far AS (Muhammad al-Baqir AS) dan Abu
Abdillah AS (Ja'far al-Sadiq AS) dan pada masa itu mereka terpaksa
bertaqiyyah. Mereka lazimnya menyembunyikan tulisan-tulisan mereka dan
seterusnya kitab-kitab ini tidak pernah dijadikan petikan (dalam
meriwayatkan hadith-hadith). Sekarang mereka telah meninggal dunia dan
kitab-kitab yang tersembunyi itu telah kami temui. Mendengar ini,
Imam AS berkata:
"Riwayatkan dari kitab-kitab tersebut kerana kitab-kitab tersebut adalah benar."
Imam Ja'far al-Sadiq AS dan Ulama Fiqh
Dua
orang tokoh ulama fiqh yang hidup sezaman dengan Imam al-Sadiq AS
ialah Abu Hanifah dan Malik bin Anas. Imam Ja'far al-Sadiq AS lebih
awal wafat dari kedua-duanya. Abu Hanifah adalah pengasas madzhab
Hanafi. Abu Hanifah banyak menggunakan qias bi ra'y dalam hukum-hukum
fiqh. Imam Ja'far al-Sadiq AS tidak sependapat dalam hal ini kerana
beliau AS tidak menerima qias sebagai satu kaedah fiqh. Suatu ketika
Abu Hanifah datang menemui Abu Abdillah AS dan beliau AS mengemukakan
soalah kepada Abu Hanifah," Wahai Abu Hanifah, telah sampai kepadaku
bahawa anda menggunakan qias? Abu Hanifah menjawab," Benar, aku
melakukannya." Imam AS kemudian berkata," Tidak boleh menggunakan qias
dalam soal hukum kerana yang paling awal menggunakan qias adalah iblis,
bila dia berkata," (Wahai Allah) Engkau menjadikan daku daripada api
dan Engkau menjadikan Adam daripada tanah, oleh itu Iblis mengqiaskan
api dengan tanah. Jika iblis membandingkan nuriyyah (cahaya) Adam
dengan nuriyyah api dia akan mengetahui yang mana lebih afdal di
antara kedua-duanya, dia akan mengetahui yang pertama itu lebih jernih
daripada lainnya."
Pada suatu kesempatan lain Imam Ja'far al-Sadiq AS menjelaskan:
"
Barang siapa yang menegakkan qias ke atas dirinya, tidaklah ia
terlepas daripada menempuhi kekeliruan dan keraguan. Dan barang siapa
yang mengikut pendapatnya sendiri dalam agama Allah, tidaklah ia
terlepas daripada kekal sentiasa dalam keraguan-keraguan."
"
Abu Ja'far AS berkata," Barang siapa memberikan fatwa kepada manusia
dengan berdasarkan pendapatnya sendiri (bi ra'y) maka sesungguhnya ia
telah mengikut agama Allah dengan apa yang ia tidak ketahui. Dan
barang siapa mengikut agama Allah dengan tidak ada pengetahuan ke
atasnya, maka sesungguhnya ia telah bercanggah dengan kehendak Allah SWT
kerana ia telah mengisytiharkan itu halal dan yang ini haram tanpa
mengetahui kedudukan yang sebenarnya."
Kaedah
Abu Hanifah itu jelas bertentangan dengan pendapat Imam Ja'far
al-Sadiq AS. Imam berpendapat Kitabullah dan Sunnah Rasul S.A.W adalah
lengkap dan sempurna. Ijtihad hanya mengikut al-Qur'an dan Sunnah
Rasul S.A.W. Oleh itu ijtihad bi ra'y (ijtihad dengan pendapat
sendiri) tidak dibenarkan. Imam al-Sadiq AS berkata:
"
Tidak ada sesuatu perkara pun yang menjadi perbalahan di antara dua
orang tetapi penyelesaiannya pasti boleh didapati dalam Kitabullah
Azza Wa Jalla, walau bagaimanapun akal manusia tidak cukup tajam untuk
sampai kepadanya." Beliau berkata lagi:
" Tidak ada sesuatu perkarapun yang wujud tetapi semuanya telah dijelaskan dalam Kitabullah dan al-Sunnah."
Dalil al-Qur'an:
"Dan
Kami turunkan kepadamu al-Kitab (Qur'an) untuk menjelaskan segala
sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang
yang berserah diri." [al-Qu'ran: 16:89]
Dalam surah 6:38, Allah SWT berfirman, bermaksud:
" Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab (al-Qur'an)."
Kononnya
dikatakan Abu Hanifah sudah menerima seluruh ajaran Imam al-Sadiq AS
kecuali tiga pendapatnya yang bertentangan dengan pendapat Imam
al-Sadiq AS. Pertama, Imam al-Sadiq AS berpendapat bahawa kebaikan itu
berasal dari Tuhan, sedangkan kejahatan berasal dari perbuatan
manusia sendiri. Abu Hanifah berpendapat bahawa segala yang baik dan
jahat itu berasal dari Tuhan. Kedua Imam Ja'far AS berpendapat bahawa
syaitan itu dibakar dalam api neraka pada Hari Qiamat. Abu Hanifah
berpendapat api tidak dapat membakar api dan syaitan itu dicipta dari
api. Ketiga, Imam Ja'far AS mengatakan bahawa melihat Tuhan di dunia
dan akhirat mustahil. Abu Hanifah berpendapat setiap maujud mungkin
melihat Tuhan jikalau tidak di dunia ia akan melihat nanti di akhirat.
Kononnya perdebatan ini didengar oleh penganut-penganut ajaran Imam
Ja'far AS bersemangat, lalu melempar kepala Abu Hanifah dengan sebiji
bongkah tanah dari tembok. Tatkala orang itu ditanya mengapa, ia
menjawab, bahawa ia tidak berbuat kejahatan itu, dan kejahatan itu
datangnya dari Tuhan dan bukannya dari manusia dan bukan dari
ikhtiyar, bahawa ia tidak dapat menyakitkan Abu Hanifah dengan bongkah
itu kerana Abu Hanifah dicipta dari tanah, dan ia meminta Abu Hanifah
memperlihatkan kesakitan, pada kepala, kalau benar ia dapat melihat
Tuhan di dunia dan di akhirat."
Malik
bin Anas berasal dari Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 93 Hijrah
di Madinah dan wafat pada tahun 173 Hijrah. Ada pendapat beliau
dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan wafat pada tahun 179 Hijrah.
Beliau tidak pernah meninggalkan kota Madinah. Beliau dianggap ahli ilmu
Hadith dn ilmu fiqh. Beliau lebih banyak berjumpa dengan Imam Ja'far
al-Sadiq AS dan beliau salah seorang daripada perawi-perawi hadith
daripada Imam Ja'far al-Sadiq AS. Dalam Bihar al-Anwar, Imam Malik
diriwayatkan pernah berkata mengenai Imam al-Sadiq AS:
"
Beliau termasuk di antara orang-orang ahli ibadah dan zahid yang
agung, yang betul-betul takut akan Tuhannya serta terlalu banyak
mengetahui tentang Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Beliau adalah teman
yang menyenangkan dalam majlis dan pergaulan. Majlisnya penuh dengan
ilmu dan keberkatan. Bila beliau mendengar nama Rasulullah S.A.W
disebut, maka air mukanya cepat sekali berubah." Malik bin Anas juga
pernah pergi menunaikan Haji bersama-sama Imam al-Sadiq AS.
Murid-murid Imam Ja'far al-Sadiq AS
Terdapat
ramai murid-murid yang pernah belajar dari Imam al-Sadiq AS. Di
antaranya ialah seperti Malik bin Anas dan Abu Hanifah. Di antara
tokoh sufi pula ialah al-Fudayl bin Iyad. Beliau dikatakan menulis
sebuah kitab yang bernama Misbah al-Syari'ah dan dikatakan mengandungi
satu siri pelajaran yang diterimanya dari Imam al-Sadiq AS. Fudayl
meninggal dunia pada tahun 187 Hijrah. Salah seorang tokoh Hadith yang
mendapat pelajaran dari Imam al-Sadiq AS ialah Sufyan bin Uyaynah
(wafat 198 Hijrah). Seterusnya Syu'bah bin Hajjaj (wafat 160 Hijrah)
yang disebut oleh al-Syafie sebagai seorang yang amat ahli tentang
Hadith di Baghdad, Hatim bin Ismail (wafat 180 Hijrah), Hafas bin
Ghiyas yang pernah menghafal tiga atau empat ribu Hadith, Ibrahim bin
Muhammad yang digelar oleh Abu Ishak al-Madani, pernah mengumpulkan
hadith dari Imam al-Sadiq AS menjadi sebuah kitab yang dinamakan
"Halal dan Haram", Abdul Aziz bin Umar al-Zuhri (wafat 197H), Ayyub
al-Sajastani, Abdul Malik bin Juraih al-Quraisyi (wafat 149 Hijrah),
Zuhair bin Muhammad al-Tamimi (wafat 162 Hijrah) dan lain-lain lagi.
Dari
kalangan syiah ialah Aban bin Tughlab yang banyak meriwayatkan hadith
dari Imam al-Sadiq AS, Aban bin Uthman bin Ahmar al-Bajari yang
berasal dari Kufah yang telah menghasilkan karya "al-Mubtadi",
"al-Ba'as", "al-Maghazi" dan "al-Wala". Ibn Hibban memasukkannya dalam
senarai tsiqah iaitu orang-orang yang dipercayai dalam meriwayatkan
hadith. Kemudian Bukhair bin A'yun al-Syaibani, Jamil bin Darraj bin
Abdullah al-Nakhai, Hummad bin Usman in Ziyadar al-Rawasi, al-Harith
bin Mughirah al-Nashri, merupakan tokoh periwayat hadith Imam al-Sadiq
AS. Hisyam bin Hakam al-Kindi merupakan tokoh ulama syiah yang alim
dalam ilmu agama dan falsafah. Ia juga seorang sahabat Imam al-Sadiq
AS. Imam al-Sadiq AS pernah berkata tentang diri tokoh ini:
" Engkau selalu diilhamkan oleh Tuhan dalam membantu golongan kami dengan lidahmu." Imam AS pernah juga berkata:
"
Orang ini pembantu kita dengan hatinya, lidahnya dan tangannya,
mempertahankan hak-hak kita dan membela golongan (syiah) kita daripada
musuh kita."
Al-Kulaini
memuji Hisyam ibn al-Hakam tentang ilmunya mengenai dirayah dan
rawayah hadith-hadith Rasulullah S.A.W yang sahih dan tentang kuat
serta teguh pegangannya kepada al-Qur'an dan Sunnah.
Sekitar Ajaran Imam al-Sadiq AS
Tentang Akal
Madzhab
Ahlul Bayt AS memandang tinggi kepada penggunaan akal dalam kehidupan
manusia khususnya dalam memahami hal ehwal agama Allah terutamanya
dalam usuluddin. Al-Kulaini meriwayatkan sebuah hadith dari Imam
al-Sadiq AS seperti berikut:
"
Sekumpulan sahabat-sahabat kami meriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad
dari ali ibn Hadid dari Samaah ib Mihran berkata: Aku sedang berada
bersama-sama Imam Aba Abdillah AS. Beliau berada bersama-sama dengan
jamaah pengikut-pengikutnya. Imam Aba Abdillah berkata:" Kenalilah
akal dan tentera-tenteranya dan kenalilah kejahilan dan
tentera-tenteranya. Seandainya kamu mengenalinya kamu akan mendapat
petunjuk."
Berkata
Sama'ah:" Semoga diriku menjadi tebusanmu, kami tidak mengetahui
kecuali apa-apa yang anda ajarkan kepada kami." Berkata Aba Abdillah
AS:
"
Sesungguhnya Allah Azza Wa-Jalla telah menjadikan akal dari cahayaNya
di sisi kanan ArasyNya dan ia (akal) itu adalah makhluk yang awal di
antara ruh-ruh. Selepas kejadiannya Allah Tabaraka Wa-Ta'ala
memerintahkannya pergi, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah
memerintahkan datang kepadaNya, akal menurut perintahNya. Kemudian
Allah Tabaraka Wal-Ta'ala berfirman:" Telah Aku jadikan engkau makhluk
yang agung dan Aku anugerahkan ke atas engkau karamah (kemuliaan) ke
atas sekalian makhluk-makhlukKu." Kemudian Allah menjadikan al-Jahlu
(kejahilan) daripada lautan masin dan gelap dan memerintahkannya pergi.
Al-Jahlu menurut perintahNya. Maka Allah memerintahkannya menemuiNya.
Al-Jahlu enggan menurut perintahNya. Maka Allah berfirman:" Engkau
angkuh," maka Allah melaknatnya. Selepas itu Allah mengurniakan tujuh
puluh lima bala tentera kepada akal. Apabila al-Jahlu menyaksikan Allah
memuliakan akal dan bagaimana Allah mengurniakan pembantu-pembantu
kepada akal maka rasa permusuhan lahir dalam dadanya dan al-jahlu
berkata kepada Allah," Wahai Tuhanku! Akal adalah suatu kejadian yang
sama sepertiku, maka Engkau memuliakannya dan juga menguatkannya
dengan bala tentera dan aku adalah kebalikan darinya. Aku tidak diberi
kekuatan untuk menandinginya, maka kurniakanlah kepada ku bala
tentera seperti mana yang Engkau berikan kepada akal. Maka Allah
menerima permintaannya itu dan berfirman:" Sekiranya kamu mengengkari
perintahku sekali lagi Aku akan putuskan engkau dan tentera-tenteramu
dari rahmatKu." Al-Jahlu berkata," Aku redha dengan perintahMu." Maka
Allah mengurniakan 75 tentera pembantu kepada al-Jahlu.
"
Al-Khair (kebaikan) adalah (wazir) pembantu kepada akal dan
bertentangan dengan al-syar (kejahatan) dan itu adalah wazir kepada
al-jahlu; al-iman adalah berlawanan kepada al-kufr; al-tasdiq
(kepatuhan dalam hati adalah bertentangan kepada al-juhud (penolakan);
al-raja' (harapan) adalah lawan kepada al-qanut (putus harap); al-adl
(adil) adalah lawan kepada al-jawru (aniaya); al-redha lawan kepada
al-suhtu (marah dan tidak suka); al-syukr (syukur) lawan kepada
al-kafirun (menolak); al-tama' (optimisme) lawan kepada al-ya'su
(pesimisme); al-tawakal lawan kepada al-qaswah (angkuh); al-rahmah
lawan kepada al-ghadhib (marah); al-ilm berlawanan kepada al-jahlu;
dan ak-fahm (faham) lawan kepada al-hamaq (dungu); al-affah
(menjauhkan diri daripada yang haram) lawan kepada haaltahtika (sifat
tidak malu - mengerjakan yang haram); al-zahid lawan kepada al-raghbah
(sifat suka dunia); al-rafiq (lemah-lembut) lawan kepada al-hariq
(kebodohan dan kejanggalan); dan al-rahbah (takutkan Allah) lawan
kepada al-juratu (berani menentang Allah); al-somtu (diam) lawan kepada
al-hazir (sombong); dan al-istaslam (menyerah diri kepada Allah) lawan
kepada al-istakbar (bongkak dan angkuh); al-taslim (menyerah) lawan
kepada al-syakk (ragu-ragu); al-sobr lawan kepada al-jaza'u
(tergesa-gesa); dan al-sofhu (ampun) lawan kepada al-intaqam (dendam);
al-ghina (sifat memadai-puas hati) lawan kepada al-faqir
(meminta-minta); dan al-tazakkir (mengingati Allah) lawan kepada
alsahwa (lupa); dan al-hifzu (pemelihara) lawan kepada al-nisyan
(pelupa dan tidak peduli); al-ta'attapa (cenderung dan simpati) lawan
kepaa al-qati'ah (menyekat-mendinding); al-qanau' (puas dan rela)
lawan kepada al-hirsu (tamak); dan al-mawaddah (kasih sayang) lawan
kepada al-adawah (permusuhan); al-mauasah (konsolasi) lawan kepada
al-mana' (menghalang); dan al-wafa' (kesetiaan) lawan kepada al-ghadar
(belot); al-ta'ah (taat) lawan kepada al-ma'siyah (maksiat);
al-khudu' (tunduk) lawan kepada al-tatawil (dominasi); al-salamah
(keselamatan) lawan kepada al-bala'; dan al-habba (kasih sayang) lawan
kepada al-bughdu (kebencian); dan al-sidqu (yang benar) lawan kepada
al-kazab (pembohong); dal al-haq lawan kepada al-batil; dan al-amanah
lawan kepada al-khianat; al-ikhlas lawan kepada al-syaubu (bercampur
matlamat); al-syahamah (bijaksana dan berani) lawan kepada al-baladah
(bodoh dan penakut); al-fahm (faham) lawan kepada al-ghabawah (bebal);
dan al-ma'rifah lawan kepada al-ankar (engkar); al-mudarah (menjaga
rahsia) lawan kepada al-mukasyafah (pembuka rahsia-belot); al-salamah
(sejahtera) lawan kepada al-makarah (tipudaya); al-kitman (menutup
rahsia) lawan kepada al-fasya' (berhamburan); dan al-solah lawan
kepada al-adha'ah (mengabaikan solat); al-saum (berpuasa) lawan kepada
al-iftar (gemar makan); al-jihad lawan kepada al-naklu (terbelenggu
dari jihad); al-Hajj ( mengikat perjanjian kepada Allah iaitu tidak
menyembah kecuali Allah)lawan kepada al-misaq (memungkiri perjanjia
tersebut); al-saun (menjaga dan memelihara cerita-cerita orang lain)
lawan kepada al-namimah (membuat cerita); dan al-biru al-walidani
(berbuat baik kepada ibubapa) lawan kepada al-uquq (derhaka kepada
ibubapa); al-haqiqah (realiti) lawan kepada al-riya" (pamer);
al-ma'ruf lawan kepada mungkar; al-sitru (menutup diri) lawan kepada
al-tabaraj (menunjuk); al-taqiyah (memelihara rahsia kepentingaan agama
daripada musuh) lawan kepada al-iza'ah (penzahiran yang mengakibatkan
kehilangan kerosakan); dan al-insaf (sedar akan kebenaran dan
keadilan) lawan kepada al-hamiyyah (berat sebelah); al-tahiah
(bercampur dalam masyarakat seperti mesra dalam hubungan sosial) lawan
kepada al-baghyu (menentang); dan al-nuzafah (bersih) lawan kepada
al-qazir (kotor); dan al-haya-u (bersopan) lawan kepada al-jala'
(tidak sopan); al-qasdu (sederhana) lawan kepada al-udwan (melampau);
dan al-raha (kesegaran hati) lawan kepada al-ta'abu (depresi -
murung); dan al-sahalah (memudahkan) lawan kepada al-su'ubbah
(menyukarkan); al-barakah (berkat - bertambah-tambah) lawan kepada
al-mahku (hilang berkat dan binasa); dan al-afiat (keselamatan) lawan
kepada al-bala' (malapetaka); dan al-qawam (keteguhan) lawan kepada
al-mukathirah (banyak cakap); dan al-hikmah (bijaksana) lawan al-hawa'
(mengikut hawa nafsu - cinta dunia); al-waqar (kehormatan) lawan
kepada al-hiffah (sifat rendah akal budi); dan al-istighfar (memohon
ampun) lawan kepada al-ightirar (tidak jujur dengan taubat);
al-muhafizu (memelihara) lawan kepada ahaaltahawun (cuai dan abai);
ak-du'a (berdoa kepada Allah SWT) lawan kepada al-istankafa (memandang
rendah - mudah dan tidak mahu berdo'a); dan al-nasyyat (cergas) lawan
kepada al-kasal (malas); al-farah (sukacita) lawan al-hazan
(dukacaita); al-ulafah (mesra- berkawan, dan bersatu) lawan kepada
al-furqah (berpecah-belah); dan al-saha'a (murah hati) lawan kepada
al-bakhil (kedekut)."
"
Maka semua sifat-sifat yang dikatakan itu akan menjadi pasukan
tentera yang kuat dan bertenaga kepada akal dan semua sifat-sifat ini
tidak akan berpadu ke dalam diri seseorang jua kecuali Nabi S.A.W,
wasinya AS, dan mu'min yang imannya telah diuji oleh Allah SWT. Dan
tidak ada sahabat kepada kami (para Imam) yang tidak memiliki
sifat-sifat tersebut tetapi memiliki sifat-sifat yang diperuntukkan
kepada kejahilan sehingga dia membina akalnya ke arah kesempurnaan dan
mengikis segala kelemahan yang lahir daripada kejahilan. Maka para
peringkat ini dia dikurniakan darjat kemuliaan bersama dengan Nabi
S.A.W dan wasi-wasinya. Dan sesungguhnya dia mencapai kedudukan
tersebut dengan makrifat al-akal dan tentera-tenteranya dan setelah
menjauhkan dirinya daripada al-jahlu dan tentera-tenteranya. Dan
semoga Allah mengurniakan kita kemampuan untuk taat kepadaNya dan
mendapat redhaNya." [Al-Kafi, Kitab aqal wal-jahlu, hadith nombor
ke-14].
Imam Ja'far al-Sadiq AS juga berkata:
"
Barang siapa mempunyai akal, baginya mempunyai Din, dn barang siapa
mempunyai Din, baginya tempat di syurga." [Al-Kafi, Kitab al-aqal
wal-jahlu, hadith nombor 6]
Imam al-Sadiq AS mentakrifkan akal seperti berikut:
" (seseorang bertanya kepada Imam al-Sadiq AS) Apakah itu akal?" Imam menjawab:
" Akal adalah dengannya al-Rahman (Allah SWT) disembah dan dengannya memperolehi al-jinan (syurga
Dalam
dialog seterusnya, Imam al-Sadiq AS ditanya:" Apa pula yang dilakukan
oleh Muawiyah?" Imam menjawab:" Itu adalah al-nukarak (pengengkaran -
penipuan) Ia adalah sifat syaitan, walaupun kelihatannya macam akal
tetapi ia bukan sifat akal yang sebenarnya." [Al-Kafi, Kitab al-aqal
wal-jahlu, hadith nombor 3]
Imam al-Sadiq juga menjelaskan peranan akal seterusnya:
"
Melalui akal manusia mengenal KhaliqNya dan melalui akal mereka
mengenal diri mereka itu tidak tercipta dengan sendirinya tetapi
Dialah (Allah SWT) yang mengaturkan (al-mudabbir) mereka dan mereka
adalah yang ditadbir (al-mudabbar) olehNya. Melalui akal mereka
memahami objek-objek ciptaanNya, langit, bumi, matahari, dan bulan dan
malam dan siang. Melalui akal mereka menyedari bahawa ada Pencipta
(al-Khaliq) dan Pengatur (al-Mudabbir) ke atas diri mereka dan bagi
seisi alam ini itu sudah sewajarnya ada dan akan sentiasa ada. Nelalui
akal mereka dapat mengenalpasti (arif) kebaikan daripada keburukan.
Dan melalui akal mereka dapat mengenal dan memahami kegelapan
(zulumah) yang terkandung dalam kejahilan dan cahaya (nur) yang
terkandung dalam ilmu pengetahuan (ilm). Semua ini ditunjukkan kepada
manusia melalui akal."[Al-Kafi, Kitab al-aqal wal-jahlu, hadith nombor
35]
Kepentingan Ilmu
Diriwayatkan
dari beliau AS:" Telah bersabda Rasulullah S.A.W:" Mencari ilmu wajib
bagi setiap Muslim. Ketahuilah bahawa Allah mencintai orang-orang
yang sentiasa ingin menuntut ilmu." [Al-Kafi, Jilid 1, hadith nombor
41-5.]
Imam
Ja'far al-Sadiq AS berkata:" Ulama adalah pewaris Nabi-nabi dan
sesungguhnya Nabi-nabi tidak mewariskan dirham atau dinar, tetapi
mereka meninggalkan hadith-hadith. Barang siapa mengambil sebahagian
daripadanya maka dia telah mengambil satu bahagian yang berguna. Oleh
itu lihatlah sumber daripada mana hadith-hadith itu diperolehi.
Sesungguhnya sumbernya adalah daripada kami (Ahlul Bayt AS). Setiap
seorang daripada kami akan menjelaskan penyelewengan yang dilakukan
oleh golongan yang melampau, memadamkan segala kebatilan, dan takwil
golongan yang jahil." [Al-Kafi, Jilid 1, hadith nombor 47-2]
Tentang Tauhid
Dari
Aba Abdillah AS, berkata:" Ketika Amirul Mu'minin sedang memberi
khutbah di mimbar di masjid Kufah, seorang lelaki bernama Dhi'lib,
seorang yang terkenal pandai berucap, bangun dan bertanya," Wahai
Amirul Mu'minin!" Adakah anda melihat Tuhan anda?" Amirul Mu'minin
menjawab," Celakalah kamu, wahai Dhi'lib, Aku tidak menyembah Tuhan
yang tidak aku melihatNya. Lelaki itu bertanya lagi: " Bagaimana anda
melihatNya?" Beliau menjawab: " Celaka engkau. Mata manusia tidak
boleh melihatNya dengan penglihatan mata, tetapi mata hatilah yang
melihatNya dengan hakikat iman." [Al-Kafi, Jilid 1, hlm. 69.]
Imam al-Sadiq AS meriwayatkan tentang tauhid yang sebenarnya:
"
(Allah itu) Maha Suci dari apa yang disifatkan oleh orang-orang yang
menyifatkanNya, yang menyerupakanNya dengan makhlukNya, yang
mengatakan sesuatu yang dusta tentang Allah. Maka ketahuilah, semoga
Allah merahmatimu bahawa madzhab yang sahih dalam tauhid adalah yang
diturunkan oleh al-Qur'an mengenai sifat-sifat Allah Azza Wal-Jalla.
Maka hilangkan dari Allah segala nafi (negatif) ataupun penyerupaan
pada DiriNya. Dia adalah Allah yang pasti wujudNya, Maha Tinggi dari
apa yang disifatkan oleh para pemyifat. Dan janganlah kamu semua
melampaui al-Qur'an, sebab jika demikian kamu akan sesat setelah
memperolehi penjelasan." [Al-Kafi, Jilid 1, hlm.100]
Persaudaraan Islam
Imam al-Sadiq AS berkata:" Dekatkanlah dirimu kepada Allah melalui kasih sayang terhadap saudara-saudaramu."
Imam al-Sadiq AS berkata:
"
Ingatlah bahawa jika kamu menolong saudara seagamamu, kamu akan
memperolehi penghargaan yang lebih tinggi oleh saya daripada kamu
menyelesaikan tawaf mengelilingi Ka'bah seminggu lamanya. Dan Imam AS
menambah:" Seseorang datang kepada Imam Hasan AS dan memohon bantuan
dalam kesulitannya. Imam Hasan dengan segera memakai kasutnya dan
pergi bersamanya. Dalam perjalanan, mereka tiba di suatu tempat di mana
Imam Husein AS sedang solat. Imam AS bertanya kepada orang itu:"
Mengapa kamu tidak berhubung kepada Husein untuk menolongmu dalam
kesulitan yang sedang kau hadapi?" Orang itu menjawab:" Wahai cucu
Rasulullah! Maksud saya sebenarnya demikian, tetapi beliau sedang
dalam khusyuk, maka saya tidak jadi pergi kepadanya." Berkata Imam
Hasan AS:" Tetapi seandainya ia telah menerima kesempatan itu untuk
menolongmu maka hal itu akan lebih baik daripada khalwat (beribadat
sendirian) selama satu bulan."[Al-Kafi, Jilid 2, hlm.158]
Sifat Orang Beriman
Al-Kulaini
meriwayatkan dalam al-Kafi dari Ali bin Ibrahim dari ayahnya dari Ibn
Abi Umayr dari al-Qasim ibn Urwah dari Abul al-Abbas, dia berkata:
Abu Abdillah AS berkata:
" Barang siapa yang menyukai amalan baiknya dan tidak menyukai amalan buruknya maka dia adalah Mukmin."
Di dalam riwayat yang lain Abu Abdillah AS berkata:
"
Orang Mukmin menyumbangkan banyak kebaikan dan mengambil darinya
sedikit, dia sangat bijak dalam menguruskan dirinya dan tidaklah
terjatuh ke dalam satu lubang dua kali."
Di dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah AS berkata:
"
Orang beriman tidak akan melalui empat puluh malam tanpa menilai
urusan yang (telah dilaluinya) yang menyusahkan hatinya dan membuat ia
mengingati (Allah SWT)."
Al-Qur'an Dan al-Sunnah
Dari Abu Abdillah AS berkata:
"
Setiap sesuatu yang kamu terima, maka kembalikanlah ia kepada Kitab
Allah dan al-Sunnah. Setiap hadith yang tidak sesuai dengan Kitab
Allah, (sebenarnya) ia adalah palsu." [Al-Kafi Jilid 1, Kitab Fadl
al-Ilm, hadith 203-3]
Dari Abu Abdillah AS berkata:
"
Sesungguhnya fuqaha yang sebenarnya ialah yang zuhud terhadap dunia,
cenderung kepada akhirat dan berpegang kepada sunnah Nabi S.A.W."
[Al-Kafi, Jilid 1, Kitab Fadl al-Ilm, hadith 208-8]
Di bawah ialah serangkap dari arahan Imam Sadiq(as) kepada anaknya Imam Musa al Kazim(as).
“Anakku, terimalah
perintah ku dan hafallah kata-kata ku ini, kerana jika kamu
menghafalnya, kamu akan menjalani kehidupan yang menggembirakan dan
mati dalam keadaan yang terpuji. Anakku,
- barangsiapa berpuas hati, akan menjadi kaya.
- barangsiapa yang hanya melihat apa yang ada di tangan orang lain, mati dalam keadaan miskin.
- barangsiapa yang tidak berpuas hati dengan apa yang ditentukan oleh Allah swt, bermakna menentang keputusan Allah
- barangsiapa yang menganggap hasilnya sedikit, menganggap hasil orang lain sebagi besar.
Anakku..
- Barangsiapa yang membuka pekung orang lain, pekung sendiri akan terbuka
- barangsiapa yang menghunus pedang keingkaran, akan terbunuh oleh pedang itu
- barangsiapa yang menggali lubang untuk saudaranya(agar dia jatuh), akan terjatuh di dalam lubang yang digalinya
- barangsiapa yang berkawan dengan orang bodoh, akan merendahkan kedudukannya.
- barangsiapa yang berkawan dengan yang berilmu akan dihormati
- barangsiapa yang memasuki tempat kejahatan akan dituduh.
Anakku..
- katakanlah kebenaran samada selari dengan kamu atau berlawanan dengan kamu
- dan berjagalah dengan memburukkan orang lain, kerana ia menanam perasaan permusuhan di dalam hati manusia.
Anakku, jika kamu
mencari kemurahan hati, maka carilah di tempatnya(manusia mulia),
kerana kemurahan hati ada tempatnya, tempat itu ada asalnya, asal itu
ada cabangnya, cabang itu ada buahnya, dan buah tidak akan didapati
melainkan bersama cabangnya dan tiadalah asal yang baik melainkan dari
tempatnya.
Anakku, ziarahlah
orang-orang yang baik, tetapi janganlah orang-orang yang licik, kerana
orang-orang ini diibaratkan seperti batu yang tumpat, di mana airnya
tidak keluar, pokok yang daunnya tidak pernah hijau dan tanah yang
gersang, di mana tiada pokok yang tumbuh.
Ini hanya contoh dari banyak anekdot dan kisah-kisah tentang kekuatan ajaib (karamat) dari Ja `sejauh-Shadiq.
Dari pengetahuan, ia sering berkata kepada Sufyan ath-Thawri, "Jika Allah melimpahkan nikmat pada anda, dan anda ingin tetap menyokong itu, maka anda harus memuji dan berterima kasih Dia berlebihan, kerana Dia berkata," Jika kamu bersyukur Allah akan meningkatkan untuk anda "[14:07] Dia juga berkata,." Jika pintu penyisihan tertutup bagi anda, kemudian membuat banyak istighfar (memohon pengampunan), kerana Allah berkata, "Carilah pengampunan dari Tuhanmu, tentu anda Tuhan sering Pengampun "[11:52]. Dan ia berkata kepada Sufyan, "Jika anda marah oleh kezaliman seorang Sultan atau penindasan lain yang anda saksi, mengatakan" Tidak ada perubahan dan tidak mempunyai kekuatan kecuali dengan Allah, "(la haula wa la quwata ilaa-billah) kerana adalah kunci untuk Relief dan salah satu Treasures syurga. "
Dari pengetahuan, ia sering berkata kepada Sufyan ath-Thawri, "Jika Allah melimpahkan nikmat pada anda, dan anda ingin tetap menyokong itu, maka anda harus memuji dan berterima kasih Dia berlebihan, kerana Dia berkata," Jika kamu bersyukur Allah akan meningkatkan untuk anda "[14:07] Dia juga berkata,." Jika pintu penyisihan tertutup bagi anda, kemudian membuat banyak istighfar (memohon pengampunan), kerana Allah berkata, "Carilah pengampunan dari Tuhanmu, tentu anda Tuhan sering Pengampun "[11:52]. Dan ia berkata kepada Sufyan, "Jika anda marah oleh kezaliman seorang Sultan atau penindasan lain yang anda saksi, mengatakan" Tidak ada perubahan dan tidak mempunyai kekuatan kecuali dengan Allah, "(la haula wa la quwata ilaa-billah) kerana adalah kunci untuk Relief dan salah satu Treasures syurga. "
Dari ungkapam Nya
"The Nun [huruf" n "] pada awal Surah 68 merupakan cahaya Pra-keabadian, di mana Allah mencipta semua ciptaan, dan yang Muhammad Itulah sebabnya Dia mengatakan dalam [ayat 4] surat yang sama.: 'Sesungguhnya Engkau yang bersifat luhur' - iaitu:. anda istimewa dengan cahaya dari pra-keabadian "
"Allah SWT dan Ta'ala kepada dunia yang lebih rendah," Melayani orang yang melayani Aku dan ban orang yang melayani anda. "
"Doa adalah tiang setiap orang yang soleh, haji adalah jihad setiap yang lemah, sedangkan zakat badan adalah puasa, dan orang yang meminta bantuan Allah tanpa melakukan perbuatan yang baik adalah seperti satu cuba untuk menembak anak panah tanpa busur . "
"Buka pintu pemberian dengan memberikan donasi; pagar wang anda dengan membayar zakat, yang terbaik adalah dia yang sampah tidak, perancangan adalah dasar dari hidup anda, dan untuk bertindak hati-hati adalah dasar dari kecerdasan."
"Sesiapa yang membuat orang tua sedih itu telah mengabaikan hak-haknya pada dirinya."
"Para ahli undang-undang adalah wali Nabi ... Jika anda mencari ahli undang-undang menempel syarikat dari Sultan, katakanlah kepada mereka, 'Ini adalah dilarang, sebagai ahli undang-undang tidak dapat mendedahkan pendapat yang jujur di bawah tekanan kedekatan Sultan . "
"Tidak ada makanan lebih baik daripada Tuhan-rasa takut dan tidak ada yang lebih baik daripada diam, tidak ada musuh lebih kuat dari kebodohan, penyakit tidak lebih besar dari berbohong."
"Jika anda melihat sesuatu yang anda tidak suka dalam saudara anda cuba untuk mencari 1-70 alasan baginya. Jika anda tidak dapat mencari alasan, mengatakan," Mungkin ada alasan tapi saya tidak tahu itu. " "
"Jika anda mendengar kata dari seorang muslim yang menyinggung, cuba mencari erti yang baik untuk itu Jika anda tidak menemukan arti yang baik untuk itu,. Katakan pada diri sendiri, 'Aku tidak mengerti apa yang dia katakan," dalam rangka untuk menjaga keharmonian antara Muslim.
"The Nun [huruf" n "] pada awal Surah 68 merupakan cahaya Pra-keabadian, di mana Allah mencipta semua ciptaan, dan yang Muhammad Itulah sebabnya Dia mengatakan dalam [ayat 4] surat yang sama.: 'Sesungguhnya Engkau yang bersifat luhur' - iaitu:. anda istimewa dengan cahaya dari pra-keabadian "
"Allah SWT dan Ta'ala kepada dunia yang lebih rendah," Melayani orang yang melayani Aku dan ban orang yang melayani anda. "
"Doa adalah tiang setiap orang yang soleh, haji adalah jihad setiap yang lemah, sedangkan zakat badan adalah puasa, dan orang yang meminta bantuan Allah tanpa melakukan perbuatan yang baik adalah seperti satu cuba untuk menembak anak panah tanpa busur . "
"Buka pintu pemberian dengan memberikan donasi; pagar wang anda dengan membayar zakat, yang terbaik adalah dia yang sampah tidak, perancangan adalah dasar dari hidup anda, dan untuk bertindak hati-hati adalah dasar dari kecerdasan."
"Sesiapa yang membuat orang tua sedih itu telah mengabaikan hak-haknya pada dirinya."
"Para ahli undang-undang adalah wali Nabi ... Jika anda mencari ahli undang-undang menempel syarikat dari Sultan, katakanlah kepada mereka, 'Ini adalah dilarang, sebagai ahli undang-undang tidak dapat mendedahkan pendapat yang jujur di bawah tekanan kedekatan Sultan . "
"Tidak ada makanan lebih baik daripada Tuhan-rasa takut dan tidak ada yang lebih baik daripada diam, tidak ada musuh lebih kuat dari kebodohan, penyakit tidak lebih besar dari berbohong."
"Jika anda melihat sesuatu yang anda tidak suka dalam saudara anda cuba untuk mencari 1-70 alasan baginya. Jika anda tidak dapat mencari alasan, mengatakan," Mungkin ada alasan tapi saya tidak tahu itu. " "
"Jika anda mendengar kata dari seorang muslim yang menyinggung, cuba mencari erti yang baik untuk itu Jika anda tidak menemukan arti yang baik untuk itu,. Katakan pada diri sendiri, 'Aku tidak mengerti apa yang dia katakan," dalam rangka untuk menjaga keharmonian antara Muslim.
Kewafatan Imam Ja'far al-Sadiq AS
Imam
al-Sadiq AS wafat pada 25 Shawwal 148 Hijrah kerana diracun oleh
gabenor Madinah atas perintah khalifah al-Mansur. Mendengar berita
kesyahidan Imam aS, al-Mansur menulis surat kepada gabenor Madinah,
dan memerintahkannya pergi ke rumah Imam AS, berpura-pura meminta
wasiat dari Imam AS dan membacakannya. Sebenarnya ia bertujuan untuk
menghapuskan sesiapa juga yang dipilih oleh Imam AS untuk
menggantikannya beliau sebagai pewaris Imamah. Ketika gabenor Madinah
itu melaksanakan perintah al-Mansur itu, ia mendapati Imam AS telah
memilih empat orang sebagai penggantinya. Mereka ialah al-Mansur
sendiri, gabenor Madinah, Ismail, putera Imam AS yang sulung (yang
telah meninggal dunia) dan Imam Musa al-Kazim AS. Pada hakikatnya
pengganti Imam Al-Sadiq AS ialah Imam Musa al-Kazim AS.Walau
bagaimanapun dengan wasiat Imam As yang mengelirukan itu, maka niat
jahat al-Mansur akhirnya gagal dilaksanakan.
Jenazah
Imam al-Sadiq AS dikebumikan di perkuburan al-Baqi', Madinah iaitu
bersebelahan dengan makam al-Hasan AS, makam ayahnya al-Baqir AS, dan
makam datuknya Imam Ali Zainal Abidin AS.
Imam Ja'far al-Sadiq AS hidup bagaikan cahaya yang memancarkan kilauannya untuk menyinari jalan umat Islam sepanjang zaman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar