PENGENALAN ISTILAH
SUFI
Istilah sufi amat berkait rapat dengan "bersih" , "suci" , "saf (barisan hadapan)" , "bulu (pakain bulu)" , "suffah".
1.
Ahli sufi digelar sufi kerana kebersihan (suffa) hati mereka dan
kesucian amalan dan tindak tanduk mereka. Mereka digelar sufi kerana
mereka menyerupai ahli suffah yang hidup di zaman Nabi SAW.
2. Orang Sufi adalah orang yang mempunyai hati yang ikhlas (suffa) terhadap Allah.
3.
Mereka adalah orang-orang yang duduk di barisan hadapan (suffa) sekali
di hadrat Allah, melalui kecintaan mereka kepada Allah, tetap berhadap
hati mereka kepada Allah, dan tetap lubuk hati (sirr) mereka berhadap
Allah".
4. Berkenaan dengan pakaian bulu itu hanya pakain zahir
sahaja. "Mereka digelar sufi kerana tabiat mereka suka memakai pakaian
daripada bulu (suff)." "Pakaian bulu adalah juga pakaian para anbia dan
aulia". Hadis. "70 orang Nabi yang terdahulu yang lalu berhampiran
dengan batu diRuhaasan. Mereka berkaki ayam dan berpakaian bulu dan
menuju ke Kaabah". Hadis. "Nabi Musa alaihissalam memakai pakaian bulu,
memakan buah-buahan, tidur pada malam hari di mana sahaja ia hendak
tidur". al Hassan al Basri. "Nabi SAW berpakain bulu , menunggang
keldai, dan menerima jemputan orang-orang daif untuk makan bersama". Abu
MUsa al Ash'ari. "Saya mengetahui terdapat 70 orang yang terlibat dalam
peperangan Badar memakai pakaian bulu". Al Hassan al Basri.
5.
Kehidupan mereka ala kadar. Dunia dan keduniaan sudah tidak penting dan
diutamakan oleh mereka. "Apabila Nur sudah masuk ke dalam hati maka ia
akan membesar dan berkembang". Sahabat bertanya,"Apakah tandanya ya
Rasul Allah?" "Meninggalkan negeri yang fana' dan berpaling kepada
negeri yang baqa', dan bersedia untuk MATI sebelum mati (bercerai nyawa
dengan badan)". "Bahkan kamu lebih menginginkan dunia, sedangkan akhirat
jualah yang terlebih baik dan terlebih kekal". (AL A'Ala : 17 &
18.7.)
Cara hidup orang sufi ini telah bermula sejak zaman
sebelum Nabi SAW, zaman Nabi SAW dan sesudahnya . Tidak timbul satu
Firman atau Hadis yang menghukumkan , wajib disyariatkan atau diamalkan
kerana , telah terang bagi orang yang beroleh petunjuk, bahawa INTISARI
QURAN DAN HADIS itu sendiri telah tersemai kukuh, sebati dan selari
dengan diri mereka. Hingga Nabi SAW sendiri sentiasa berserta mereka.
Nabi SAW menyatakan bahawa apabila seseorang itu tidak dipengaruhi
dunia, mesti ada bukti dan kenyataan. Nabi pernah bertanya kepada
Sahabat Harithah. "Apakah hakikat Iman?" Beliau jawab. "Saya telah
jauhkan hati saya daripada dunia, saya puasa di siang hari dan berjaga
di malam hari, dan seolah-olah saya lihat 'Arasy Tuhanku datang,
seolah-olah ahli syurga kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan
ahli neraka bermusuhan antara satu sama lain".(perhatikan berkenaan
'Arasy Allah dan syorga serta neraka yang dilihat oleh Sahabat Harithah.
Perkara ini tidak dibantah oleh Nabi SAW).
Erti sufi yang dimaksudkan oleh saya dalam blog ini ialah
Orang-orang
sufi senantiasa berusaha mensucikan dirinya dengan melalui
latihan-latihan kerohanian tertentu. Dalam sejarah, istilah sufi baru
dikenal setelah pertengahan abad kedua hijriah. Sebelum itu orang hanya
kenal dengan perkataan Zuhud.
HAKEKAT
1. Akar kata haq dapat diertikan milik atau kepunyaan; benar atau kebenaran;
2. Kebenaran Illahi.
3.
(Syath) Terbukanya kesadaran hamba atas kesungguhannya dalam menjalani
lakuan atas perintah Gurunya yang hak dan sah bahwa hake-atnya Yang
Boleh Yang Kuat, Yang Memiliki Segala Maujud, Yang Berbuat , Yang
Bergerak , bahkan yang Ada dan Wujud hanyalah DiriNya Dzat Yang Al Ghaib
Yang Allah AsmaNya.
4. (Syath) Hati nurani, roh dan rasa yang
telah berfungsi untuk selalu mengingat-ingat dan menghayati DiriNya Dzat
Al Ghaib dan Mutlak WujudNya.
HAKIKAT Dalam Tasawuf
Hakikat
adalah imbangan kata syariat yang identik/terikat dengan aspek
kerohanian dalam ajaran Islam. Untuk merintis jalan mencapai hakikat,
seseorang harus dimulai dengan aspek akhlak yang diikuti dengan aspek
ibadah. Bila kedua aspek ini diamalkan dengan penuh kesungguhan dan
keikhlasan ia akan dapat meningkatkan keadaan mental seseorang dari
tingkat rendah secara berperingkat ke tingkat yang lebih tinggi. Pada
posisi tertinggi Tuhan akan menerangi hati sanubarinya dengan nur-Nya,
sehingga ia betul-betul dapat dekat dengan Tuhan, mengenal Tuhan dan
melihatNya dengan mata hatinya. Di kalangan Sufi orang yang telah
mencapai tingkatan ini disebut ahli hakikat. Kalau dihubungkan dengan
Tuhan, hakikat adalah sifat-sifat Allah SWT, sedangkan Zat Allah disebut
al-Haqq.
Sufi yang dikenal dengan faham hakikat adalah Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj yang pernah menyatakan “Ana al-Haqq”.
MAKRIFAT
1. Mengenal dan mengetahui berbagai ilmu secara ringkas dan mendalam;
2.
Pengetahuan Illahi. Pengetahuan hakiki yang datang melalui
“penyingkapan”, “penyaksian”, dan “cita rasa” (dzauq). Pengetahuan ini
berasal dari Allah.
3. (Syath) Menyaksikan (melihat dengan jelas
dan nyata) kepada Ada dan Wujud DiriNya Dzat yang di muka bumi Al Ghaib.
Kejadiannya hanya terjadi di alam pati. Ditarik Allah membuktikan fana
dzat. Karena itu sama sekali tidak bernafas dan rasa seyakinnya
merasakan Wujud DiriNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar