Secara khusus mempuyai dua erti iaitu:
1. Hati jasmani iaitu daging khusus yang berbentuk seperti jantung pisang yang terletak di dalam
rongga dada sebelah kiri dan berisis darah hitam pekat. Ia merupaka Roh Haiwani.
2. Ia menyangkut jiwa yang bersifat Lathif Rabbani (halus dan mempunyai sifat Ketuhanan) dan Ruhani.
Lathif Rabbani dan Ruhani
Ia memiliki hubungan dengan hati yang bersifat jasmani sama seperti
hubungan a’radh dan jisim serta hubungan sifat dan yang disifati.
Lathif ini merupakan hakikat manusia yang mengenali, mengetahui, yang diajak berbicara, yang dituntut, diberi pahala dan dosa.
Hati merupakan tingkatan yang kedua batin manusia selepas Shadr, setelahnya adalah tingkat Fu’ad dan Lubb.
Firman Allah Taala:
“Telah ku ciptakan seorang malaikat di
dalam tubuh anak keturunan Adam. Di dalam malaikat itu ada ‘Shadr’. Di
dalam Shadr itu ada ‘Qalb’. Di dalam Qalb itu ada ‘Fu’ad’. Di dalam
Fu’ad itu ada ada ‘Syagf’. Di dalam Syagf ada ‘Lubb’. Di dalam Lubb itu
ada ‘Sirr’. Di dalam Sirr itu ada ‘Aku”.
Hati manusia merupakan tempat peubahan dan pasang surut yang tetap.
Hati merupakan batas (Barzakh) antara dunia dan akhirat.
Hati merupakan tempat jihad besar (Jihad al Akbar), juga
merupakan tempat jiwa rendah (Nafs) yang terperosok jika dibandingkan
dengan Roh yang selalu merindukan Ilahi. Perang dan rebutan kekuatan
antara Roh dan Nafs ini meruapakan sesuatu yang menguasai hati manusia
(Hati = Roh vs Nafs).
Mengikut Al Jilli: Hati
meruapakan cahaya abadi dan rahsia yang tinggi yang dirunkan kepada
manusia agar dengannya Tuhan dapat melihat manusia. Ia merupakan salah
satu daya rohaniah manusia. Menurut Al Jilli lagi, hati ini mempunyai 7
nama:
1 Hati (al qalb)
2 Akal (al ’aql)
3 Penganggar (Wahm)
4 Taffakur (himmah)
5 Fikiran (fikr)
6 Fantasi (khayal)
7 Jiwa (nafs).
Ciri Khas Hati
1 Mempuyai penglihatan dan kebutaan
2 Menjadi tempat bagi cahaya iman, cahaya khusyuk, sifat
taqwa, sifat mahabbah, sifat redha, sifat yakin, sifat takut,
sifat harap, sifat sabar, sifat qana’ah
3 Menjadi sumber ilmu, kerana ia umpama sumber mata air.
4 Ia memiliki dua jenis aspek pengetahuan atau ilmu iaitu dari
dalam dan dari luar. Satu sisi Allah menciptakannya dan pada
sisi lain merupakan suatu hakikat. Dan hidupnya hati
bergantung pada dua aspek ini.
Rasulullah saw bersabda: ”Kesalehan ada di sini, sambil
menunjukkan ke dalam hati”
Perbandingan hati dengan shadr
Hati sebagai sumber air, Shadr bagaikan danau, di mana dari sumber air inilah membolehkan air mengalir dan menjadi danau. Shadr
merupakan tempat keluarnya ilmu dari hati atau tempat masuknya ilmu
dari pendengaaran setelah melalui shadr. Keyakinan, ilmu dan niat selalu
bergelora di dalam hati, sehingga terlimpah keluar ke dada. Oleh
demikian, hati ini dianggap sebagai pokok dan shadr meruapakan
cabang-cabangnya.
Hati sumber hikmah
Hati merupakan tempat ilmu hikmah dan rahsia. Bagi
seseorang yang dibukakan hatinya oleh Allah Taala, sehingga dapat
menyaksikan sesuatu yang ghaib dan dapat melihat sesuatu yang terdapat
di balik hijab maka ia melihat sesuatu yang ghaib dengan matanya. Hingga
walaupun dibuka dinding hijab tadi, tapi sedikit pun tidak terpengaruh
kepada jiwanya.
Sifat Hati
Hakim At Tirmizi
menggambarkan sifat hati yang dikehendaki oleh Allah Taala adalah hati
para wali Allah iaitu hati yang penuh hasanah hikmah, tempat rahmat dan
rahsia makrifat. Selain itu, ia juga tempat Allah Taala melihat dengan
pandangan rahmatNya, Gedung ilmuNya, tempat pancaran rahsia hikmah dan
tempat kesedaran keesaanNya.
Menurut Imam Al Ghazali
bahawa di luar akal dan jiwa terdapat alat yang dapat menyingkap
pengetahuan yang ghaib dan hal-hal yang akan terjadi di masa hadapan.
Penyingkapan seperti ini dikatakan cawan Irfaniyyah. Hanya dengan alat
hati sahajalah ilmu makrifat boleh diperolehi oleh manusia.
Manakala sesetengah ahli sufi, mengatakan di dalam hati terdapat Sirr dan Ruh. Sirr, Ruh dan Hati, ketiga-tiganya mempunyai fugsi yang berbeza. Sirr dikatakan sebagai alat atau tempat untuk ber-musyahadah alam ghaib, Ruh sebagai alat untuk ber-mahabbah alam ghaib, sedangkan Hati adalah alat untuk ber-makrifat kepada Allah.
Fngsi hati mengikut Ahli Tasawwuf ialah:
1 Sebagai alat untuk menemukan penghayatan makrifat
kepada Allah, kerana dengan hati inilah manusia boleh menghayati segala
rahsia di alam ghaib. Hati itu alim atau tahu terhadap Allah Taala
2 Hati berfungsi untuk beramal hanya kepada Allah dan
berusaha utuk menuju Allah, manakala anggota badan yang lainnya hanyalah
sebagai pengikut dan alat kepada hati semata-mata.
3 Hati taat kepada Allah semata-mata, gerak ibadat semua aggota badannya adalah pancaran dari hati itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar