Shalat itu adalah tiang agama, perumpamaan yang disamakan
dengan tiang seri sesebuah rumah. Jika tiada tiang seri maka tidaklah lengkap
rumah itu dengan tidak memilik bumbung.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah
S.A.W juga telah bersabda bahawa terdapat 10 orang shalatnya yang tidak
diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang shalat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan shalat tetapi
tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang
suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan shalat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang shalatnya itu tidak
dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya
solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”
Hassan r.a berkata : “Jika solat kamu itu tidak
dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari
kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar