Nafsu Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu
perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terlampau banyak.
Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan).
Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan).
Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya
kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat
benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan
menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh
pelbagai penyakit.
Firman Allah:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya” (QS Al-Baqarah: 10)
“'Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji (mungkar)” (QS Al-Baqarah: 169)
“Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus”
(QS Al-Qiyaamah: 5)
Kehidupan harian
Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram,
perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan
itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat
jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga
dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi
barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini,
konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok
sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja
di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila
boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah
sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan
sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi.
Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya:
"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang
yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan
oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah
mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan
penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."
Manusia pada peringkat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat
tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.
Firman Allah:
"Dan apabila Kami rasakan sesuatu
rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan
apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka
sendiri, lantas mereka berputus asa."
Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan). Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.
Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya. Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh.

Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti:
"Akan dicampakkan ke dalam neraka
jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak
memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak
mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang
kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".
Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri. Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.

Sifat-sifat Ammarah
Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat yang dikeji oleh Allah swt. Iaitu sifat-sifat seperti :
Bakhil, berang, dendam kesumat, dengki, emosi, hasad dengki, kasih
kemegahan, khianat, ingin masyhur, iri hati, mengikut hati, mewah,
niat jahat, pemarah, panjang angan-angan, tamak dunia,, tabiat lalai
kepada Allah, terlalu seronok, zalim, dan lain-lain lagi.
Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Mereka boleh bersultan di mata dan beraja di hati.
Seperti Firman Allah :
“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”
(Surah Yusof – ayat 53)
dan FirmanNya lagi :
“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata bashirnya dan tetap tertutup.”
(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)
Dan sesungguhnya orang-orang yang dikongkongi oleh nafsu Amarah biasanya tak tahan di uji dan jika di uji dengan satu-satu ujian atau satu cabaran dan dugaan mereka terus melenting bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya.

Pada peringkat nafsu ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka sentiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali mengingati Allah SWT.
Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupanya ketika senang seperti
Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupanya ketika senang seperti
firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”
(Surah Fusilat – ayat 51)
Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah SWT. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan dan tidak pula pernah terbit pada hati mereka satu perasaan salah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.
Sesungguhnya nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.

Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak
melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh
disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai” (Surah Al-A’araf – ayat 179)
Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat bermuka-muka dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperbodohkan kelemahan orang lain walaupun rakan karibnya sendiri.

Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang
paling baik dan sempurna. Mereka bertindak menjaja keburukkan orang
kepada orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi
keuntungan kepada diri mereka.Mereka ini tidak ubah seperti ayam yang
mempunyai bulu yang elok tetapi tahi melekat di badannya.
Syurga tidak terjamin untuk mereka kerana mereka ibarat tembaga atau
besi berkarat yang perlu dibakar terlebih dahulu sehingga suci bersih.
Jika mahu mengikis sifat-sifat kotor dan berkarat ini hendaklah mereka
masuk ke dalam golongan sufi serta mengikut cara peraturan orang-orang
sufi bagi meleburkan sifat-sifat tersebut.
Penerimaan Ilmu
Dari segi penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya
berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang
mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada
pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama
sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan
tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah
bai'ah dengan Rasulullah s.a.w.
Cara-cara menyuci
Justeru daripada itu, adalah menjadi kewajipan diri manusia tersebut
haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya
sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia
itu seperti firman Allah :-
“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”(Surah Asy Syam – ayat 7-10)

Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam
hatinya. Zikir nya kosong tidak bertenaga dan bermaya dan sesungguhnya
zikir adalah merupakan pencucui bagi menyucikan kekotoran hati yang
tidak boleh dicucikan oleh jenis-jenis sabun.
Jiwa mereka ini kosong, hubungan dirinya dengan Empunya Diri adalah terputus langsung. Malahan diri rahsianya dihijab tebal daripada Allah swt.
Jiwa mereka ini kosong, hubungan dirinya dengan Empunya Diri adalah terputus langsung. Malahan diri rahsianya dihijab tebal daripada Allah swt.
Diri batinnya kurus melidi, sakit tersiksa sedangkan badan zahirnya
gemuk dan sihatnya seperti ubi kayu di tanah bukit, sedang tubuh
batinnya di anai-anaikan oleh nafsu Amarah.
Penyakit Nafsu Amarah ini jika dibiarkan menular pada jiwa manusia ianya menyebabkan bertimbunnya pada hakikat selaput-selaput tebal, gelap dan kemas untuk mengingati Tuhannya. Dan hidupnya terus hanyut tidak berpedoman sebagai kabus di waktu pagi ataupun bagai awan di langit. Sesungguhnya bagi mereka yang dikuasai nafsu Amarah merekalah termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.

Oleh yang demikian, maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut petua-petua yang diberi oleh guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya dengan Allah swt.
Maka beramal lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.
Maka beramal lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.
Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w
dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang
dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang
mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar