1 ” Selama
30 tahun saya mencari Tuhan, tetapi apabila saya fikir dan pandang
dengan seksama, saya dapati pada hakikatanya Allah yang mencari dan saya
lah dicariNya”
2 ” Selama 30 tahun lamanya saya mengamalkan membasuh mulut 3 kali sebelum saya duduk menyebut nama Allah”
3 ” jangan uji Tuhan dengan sepotong dua roti”4 “Hendaklah engkau rasai diri mu itu sebagai kosong”
5 ”Aku mohon rahmatNya dari pemberi rahmat dan bukanmohon keramat”
6 ”Apa sahaja yang saya dapat adalah kuniaaan Allah dan bukan kerana usaha dan amalan kerohanianku”
7 ”telah bertahun-tahun lamanya saya ingin
hendak menyembah sembahyangku kepada Allah yang boleh diterimaNya,
tetapi hingga kini saya masih belum juga berjaya”
8 ”Dengaa sembahyang bersungguh-sungguh selama
lebih dari 40 tahun, maka hijab itu pun terbuka. Dengan tawaduk saya,
saya mohon kepada Allah menunjukkan jalan kepada Nya. Saya terdengar
suara ketuhanan berkata: ”kamu tidak dapat memasuki jalan itu sehingga
kamu buangkan segalanya, walaupun tempayan pecah dan selimut
koyak yang ada di samping kamu itu”Dengan segera saya buangkan
segalanya itu. Jalan itu pun ditunjukkan kepada saya.Saya diperintahkan
supaya berkata-kata kepada mereka yang ingin menurut jalan itu, bahawa
mereka tidak adapat menempuh jalan tersebut sehingga merekamembuangkan
segalanya sepetri yang saya lakukakan”
9 ”Jika aku minta satu lepas satu permintaan
kepada Allah, dia menjauhkan diri Nya dari ku. Tetapi bila aku inginkan
pandanganNya, aku pun lupa segala permintaan ku dan lalu berkata: ” Ya
Allah !, jadilah kepunyaan Abu Yazid dan lakukankanlah apa yanag kamu
suka kepadanya”
10 ”kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak akan aku tukarkan dengan kerajaaan dunia ini”
11 ”Aku bersayarah selama 40 tahun. Tidak
seorangapun yang dapat menuju melalui syarahaku itu, kecuali Allah
menghendakinya supaya orang itu maju dalam bidang kerohaniannya itu
tanpa syarahanku”
12 ”Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendak ku mendahului kehendakNya”
13 “Jangan bergantung dengan usaha mu, tetapi bergantunglah dengan rahmatnya”
14 ”Siapa diksihi Allah, dia akan diberi penderitaan dan kesususahan”
15 Anggaplah kekuatan hidupmu itu hanya untuk hari ini, tidaklebih dari itu”
16 ”Bersaama dengan orang-orang salih itu lebih
baik dari melalukan amalan saleh. Dan bersama syaitan itu adalah lebih
hina dari melalukan perbuatan keji dan dosa”
17 ” Berpuasa itu mendatangkan rahmat”18 ”Kasih kepada Allah menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan akhirat”
19 ” Orang yang tidak merasa lazat dalam
menyembah Allah, akan menghabiskan masanya dalam hal-hal keduniaaan.
Tetapi orangyang lazat dalam mengenang Allah, menasihatkan mereka yang
ingin menuju kepada Allah supaya menghindarkankan makhluk. Dengan bersama orang ramai itu adalah membuat seseorang meluapakan Allah”
21 ”Aku haiaran kenapa ahmaba yang sudah kenal; Allah itu
menyembah Dia pula kenapa berada dalam diri sendiri dan tidak masuk ke
dalam mabuk Allah (Zauk) dan hapus segala yang lain kecuali Allah!.
Bagaimana seseorang yang telah fana dalam Allah itu hendak menyembahnya
pula?”
PENGALAMAN KEROHANIAN ABU YAZID
1
“ Apabila Allah menfanakan daku dan membawa daku ke baqa denganNya,
dan membuka hijab yang mendindingi daku dengan Dia. Maka aku pun dapat
memandangNya dan ketika itu jua hancur leburlah pancaindara ku dan tidak
dapat hendak berkata apa-apa. Hijab diri tersingakap dan saya berada di
kedaaan itu beberapa lama tanpa pertolongan pancaindera. Kemudian Allah
kurniakan daku mata ketuhanan dan telinga ketuhanan, dan daku dapati
segala segalanya adalah di dalam Dia jua”
2 “ Ku memehon supaya berada dalam dia. Daku pun diperintahkan supaya keluar dari bidang syaria’at”
3 “ Apabila Allah memisahkan dan melepaskan
daku dari semua makhlukNya. Dia kurniakan saya dengancahayaNya dan daku
diberi tahu akan rahasia-rahasiaNya, maka terlihatlah akan daku Allah
itu dengan mata hatiku. Pabila daku bandingkan nur cahaya Allah dengan
diriku, maka terasa hina dan tidak benilainya daku. Di hadapan
kescucianNya, adku adalah tidak suci”
4 ”Aku pun masuk ke dalam satu kehidupan yang tidak ada mati-mati lagi dan wujud saya adalah kekal”
5 ”Ku keluar selangkah dari bendul ketuhanan
itu tetapi aku berasa lemah llu jatuh. Terdengar suara ketuhanan
membisikkan: ”Bawa kembali kekasih ku kepada Aku, kerana dia tidak dapat
hidup tanpa Aku dan tidak dapat bergerak selangkah pun tanpa Aku”
6 ”Kemudian suara Ketuhanan memberitahu daku
bahawa, makhluk ingin hendak melihat daku. Aku menjawab: ”aku hendak
melihat Engkau sahaja, tidak mahu melihat yang lain. Tetapi andainya
sudah kehendak Mu supaya makhluk melihat daku, maka aku menerima
perintah Mu. saya berdoa agar kurniaan kepakda ku Wahdaniat
(keesaaaNya), supaya apabila makhluk melihat daku ia akan menumpukan
pandangan mereka kapada kejadian Mu dan kepada Mu jua, dan aku tidak
menjadi pendidding antara Engkau dan kejadian Engkau”. Allah perkenankan
doa aku. Semejak itu, dalam keadaan itu, makhluk nampak oleh saya.”
7 ” Aku dapati bahawa hanya dengan adanya
kurniaan Allah untuk memberi daya upaya kepada kita unmuk melakukan
latihan kerohaian itu sahaja, maka kita dapat melakannya. Oleh itu,
pelaku pada hakikatnya Allah taala jua”
8 ”Dalam Dia itu, saya mohon kepadaNya agar Dia
berada di sampingku dan jauh dari manusia dan hal-hal keduniaan, apa
sahaja selain Dia. Allah pun mengabulkan doa ku , lalu mengurniakan
kepada ku rahmatNya dan masuklah aku ke dalam bidang tauhid, dan di situ
aku diberitahu bahawa semenjak peristiwa itu, kehendak aku kehendak Dia
jua”
9 ”Allah yang Maha Besar telah berkenan
menerima daku di dalam 2,000 tingkatan, di dalam setiap tingkatan itu
Dia menawarkan sebuah kerajaan kepada ku tetapi ku tolak. Allah berakata
kepada ku: ” Abu Yazid, apakah yang engkau inginkan”. Aku menajawab: ”
Aku ingin tidak menginginkan”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar